Thursday, December 08, 2011

3,5 & 6

oke... tetiba teringat kenangan mase mula2 dapat belaja kat perlis ritu.. kira2 setahun setengah yang lepas.. masa mula2 masuk sana dalam nimggu orentasi terasa la sangat2 tidak betah untuk berada disana, kerana keadaan yang sangat daif aku kirakan masa tu. teruk sangat2 kot... minggu orentasi paling terburuk dalam sejarah hidup aku.sumpah sampai bila2 pown aku akan ingat semua tu. siap kena grenade dalam lumpur lagi. pastu aku dengan kasut 3 inci berlari2 kesana kemari turun naik tangga sampai kaki kebas x hengat.. alih2 ku sarung selipar dikaki.. abeh cerita.berani nak marah aku? hoho

tinggalkan bab tu, masuk pulak bab perkenalan dengan geng2 aku yang dulu.. aku asalnya berdua bersama hama dapat sambung inter kat sana selama 1 tahun 6 bulan. hama pada masa tu baru je bernikah dalam masa seminggu.haru jugaklah aku nak menjaga bini orang selama berada dalam minggu menyesuaikan diri yang paling azab tu.. hari pertama dah tentu2 la kena daftarkan? tapi kat sana pelik.. hari pertama kami dikehendaki daftar asrama dulu je.. mak bapak kena ikot pergi dengar ceramah kat dewan besar. macam tercengang jugak aku dengar cara pengurusan mereka2 tu. tape la.. janji aku dapat masuk bilik kira dah oke la 2. mula2 hama nak kami duduk 1 bilik.. aku memang x nak dari awal lagi. cuma aku diamkan aje.sebab aku nak mengelak dari berlaku sebarang kemungkinan dimasa hadapan. jadi masa daftar bilik tu, aku buat2 x dengar dia cakap terus g tulis nama kat bilik yang dah ada 3 penghuni tu.. terus dia bengang ngan aku. aku macam biasa.. buat selamba je la. nak buat ape lagi. masa daftar nie, hama pegi dengan laki dia. aku dah semestinya dengan mak dan ayah tersayang.hehehe :)

kisah daftar mendaftar dah abeh, masuk pulak sesi perkenalan dengan rakan2 baru pada hari kedua tu. memandangkan kami nie dah agak berumur maka dengan itu, kepala pown mula la nak tunjuk rasa orang senior. hehe.. perkenalan antara kami ber8 adalah masa tengah beratur nak dapatkan baju korporat dari koop. dari situ kami bertukar2 ni fon, senang nak contact orang kate.sebab masing2 baru kenal x tau lagi bilik dok belok dan aras mana.... lepas tu, tiap2 kali ada perhimpunan mestilah kami bersms sesama sendiri nak tau kedudukan masing2.pastu dah setap elok terus la bergabung jadi group yang ala2 hebat x hengat tu...

selesai sesi orentasi, kami memasukki kelas yang diberi nama QIP. dalam kelas nie group kami cukup x disukai ramai.. kenapa? sebab kami semua kerek2 diorang cakap. muka semua nak berlagak je. kalau bahagian nak kutuk2 orang dan buat kesimpulan tu memang kami lah yang juara dalam kelas. group yang paling happening dan paling ceria adalah kami. sampai kami digelar ahli kongsi gelap oleh lecturer dan GG's oleh kalangan budak kelas. GG tu bukan maksud gile glemer k... GG tu bermaksud Geng Garang.. hoho. tiap kali prezen tade sape pown berani nak tegur kumpulan kami.. sebab masing2 takut kena hentam teruk2. orang cakap berdiam lebih baik. kami pulak.. orang diam ke bising ke.. kami tetap akan hentam jugak.

ha... tetiba teringat 1 adengan yang aku paling susah nak lupa. perkenalan dengan sapiq yang membuatkan dia menjadi musuh no 1 aku dalam kelas buat masa tu. pada hari terakhir orentasi, kami balik awal siket dari yang lain. sebab dah diberi kebebasan awal oleh fesi sebab malam tu kami ada aktiviti last bersama fesi. dalam perjalanan nak balik ke asrama kami berhenti di satu tangga dan kami semua bersusun2 nak ambek gambar ala2 model x bertauliah gitu.. aku sekat sorang budak tu untuk ambik gmbar kami b8. dalam tengah2 setting tempat masing2 nak pose tiba2 datang 1 group laki nie.. sangat menyakitkan ati.. semuanya orang kelantan. terus kami batalkan niat nak pose kat tangga tu sebab dah kena sound baik punya dari mereka2 yang jelez tu. macam2 suara sumbang aku dengar dari belakang lepas kami semua blah dari situ.. ikotkan ati, aku nak sound balik... tapi kawan2 aku semua pegang aku dan cakap.. jangan lawan. oke aku diam. dan dalam masa yang sama salah seorang geng aku cakap budak lelaki yang paling tinggi tu adalah budak kelas kitorang. aku pown dengan tiba2 dapat idea, memandangkan kami semua suka bergambar jadi aku akan jadikan budak tu sebagai kami punya photograper sepanjang semester. jahat x? hoho... aku memang aim dia gila2 la... masuk je kelas aku terus cari dia dan dapat tau nama dia melalui perkenalan dengan pensyarah dalam kelas. ha.. memandangkan dia sorang2 je dan x de geng bekap dalam kelas.. terus dia diam kelu bila kami semua serbu dia.. aku dengan berani minta no fon dia.. bukan nak ngorat oke.. aku dengan lantang bercakap mulai hari nie aku rasmikan kau jadi photograper group kami. kalau kami panggil kau mesti ada.. setiap kali aku kol ko mesti turun untuk berkhidmat pada kami. selama 1 semester paham?? dia buat muka blerr.. mulai hari tu memang kauw2 aku kenakan dia. setiap kali nak snap gambar aku akan cari dia. sampai 1 tahap tu, dia sanggup keluar paling awal sebab nak mngelak dari kena ambik gambar kami. aku dengan marahnya terus cekup dia dan dia tetap kena jugak ambik gambar kami. kalau pown dia x keluar awal dari kelas dia mesti akan menyorok di sebalik budak2 kelas yang lain.. macam la aku x boley nak nampak kau yang tinggi macam galah tu :P

hampir 3 bulan jugak la aku seksa mamat tu.. lepas tu ada 1 peristiwa yang membuatkan aku terus mematikan niat aku untuk kacau dia lagi.. pada suatu tengah hari di kafeteria asrama. masa tu orang tengah ramai dan aku sibuk2 nak beli air.. sebab dahaga. x sangka pulak aku yang sebelah aku berdiri si sapiq nie. adoi... ase macam nak bagi pelempang je. boley dia main redah je aku masa tu. terus aku tegur.. oi.. x nampak ke aku nie ha? dia diam sambil buat x tau je. terus aku pown diam.. malas nak peduli sebab orang tengah ramai. sebelum beli air tu, aku dah siksa dia suh letakkan lauk atas pinggan nasi aku, dengan alasan aku x ley nak pegang senduk sebab tangan aku penuh. penuh la sangatkan.. padahal saje nak menyiksa budak tu. berbalik pada kes nak beli air tu, tunggu punya tunggu lama kot.. orang yang kat belakang dapat dulu.. pastu si sapiq cakap kat aku.. nda aku tengok orang lain ambek air sendiri je tu, ape kata kalau kita pown ambek sendiri. aku cakap.. oke jugak tu, tapi kau kena tolong aku masukkan ais dalam plastik sebab aku punya tangan dah penuh.alasan yang sama. nasib la dia nak jugak tolong aku.. bukan setakat masukkan asi dalam plastik, siap isikan air untuk aku sekali.dengan perasaan x bersalah masa tu aku terus ambik air dan berlalu.. sebelum pergi dia ada tanya aku.. nda, macam mana nak ikat tali nie? sebab dia tengok aku ikat tali kat air aku.. aku jawab ikat la macam2 mana pown dan terus bayar air tu dan balik bilik.. tau x? sepanjang perjalanan balik aku kebilik.. aku dapat rasa perasaan x sedap hati.. ye la.. dia dah susah2 tolong aku dan bila dia minta tolong aku terus aku buat x tahu. balik bilik.. aku berfikir sejenak.. kenapa la aku selama nie jahat sangat sampai nak seksa dia macam tu. sebenarnya dia x salah ape2 pown selama nie. aku terus menghukum dia sebab aku sendiri pown x tau. lepas dari peristiwa tu, aku terus pesan kat geng2 aku jangan kacau sapiq lagi. biarkan je dia dengan hidup dia dan kita semua masih boleh bergambar walaupown dia dah x jadi photograper kita semua. semua setuju dengan tindakan aku.. tau x? perkara yang paling terkesan kat hati aku masa aku tengok muka dia lepas bayar air minuman tu. monyok je.. tu salah 1 sebab aku dah x nak usik dia. x suke dah aku tengok muka monyok dia setiap kali kena main2kan dengan aku... kesiannn. lepas kejadia tu, dia ada jugak laa menyampuk siket2 kalau aku bercakap sebab dia suke dok depan aku dalam kelas. eeee... dah la tinggi pegi plak dok depan. ada 1 hari tu dia merajuk, masuk2 kelas je terus dok belakang. semua tanya dia kenapa dia cakap, dah kalau aku dok depan ada pulak yang nak sound2 aku nie menyemak lah, ape lah... baik dok belakang dah tentu2 x menyemak mata sape2. aku cuma buat2 x dengar je la.. nak buat ape lagikan? x kan aku nak g belai2 manja pulak suh dok depan aku lagi... ishkkk... x kuasa aku.


habis 1 semester aku kat sana.., semua beban sebagai student semester 3 berakhir lepas habes jawab paper. balik kampung dan bercuti seketika. dalam pada cuti tu aku dapat 1 interview untuk jawatan teknisen komputer. ramai jugak budak kelas aku dapat tawaran tu.. cuma sorang je yang betul2 dapat kerja.. sedihkan? hoho.. oke pada hari interview tu dayah telah menghantar aku dan dengan x dirancang aku ternampak sapiq kat situ.. aku pown keluar dan buat2 x nampak pada mulanya pastu bila dia tengok, terus aku senyum semanis mungkin sebab nak hilangkan perasaan gugup nak kena interview nanti nie. dayah dah balik umah sewa dia... dia akan ambik aku pas interview tu selesai. aku hanya kenal sapiq je hari tu.. jadi aku dengan muka x malunya berbaik2 dengan sapiq. dan macam2 benda aku tanya pasal dia. dan dari situ lah tanggapan aku pada dia berubah.. baru aku kenal sape musuh aku sebelum nie rupanya. silap aku sebab memulakan permusuhan bukan persahabatan dengan dia. hari tu dia ditemani oleh mak dia.. hoho.. aku sampau tanya kau nie anak manja erk??? hoho.. dari situ, aku mula berkawan dengan sapiq...

masuk semester baru semua pown baru.. kawan2 pown dah bawak haluan masing2. group yang berlapan orang dah berpecah jadi 2 group. 4 sebelah.. kerana hanya aku. oke la cite pasal tu aku stori lain kali... start semester baru perhubungan aku dengan sapiq berjalan dengan baik. dah x de dah ayat pedih2 keluar dari mulut masing2. selalu kalau x bercakar x sah. semua budak kelas dah pelik ngan aku n sapiq nie.. tapi tade sape berani bercakap sebab takut kena kelar dengan aku.. tikah selaku orang yang paling rapat dengan sapiq cuba beranikan diri dia bertanya pada aku dan mula untuk berkawan dengan aku. sebenarnya tikah nie dari mula lagi dia nak kawan ngan aku.. tapi aku je buat2 x tau sebab aku x suke kegedikkan dia tu.AAAuuuuuWWW.. meluat. aku cerita la macam mana aku boleh rapat dengan sapiq dan boleh jadi kawan kamceng yang boleh balik kampung sekali.. semua orang tau yang aku pada semester 5 suka balik kg dan same dengan budak sapiq.. sebab tu la bila nak balik je aku mseti mesej tanya dia. x pown dia mesej tanya aku. kerja2 dia pown dengan x sengaja aku pulak yang kena buat. tape la.. balas jasa orang kate. hoho....

semester 5 semua orang sibuk buat proposal untuk final projek. aku sendiri pown sibuk. dan aku  kesiankan sapiq, dia langsung x de idea untuk final projek dia.. dia kena game dengan hama.. pastu dia sorang2 buat projek dia. aku bersimpati pada dia.. jadi aku pown dengan bermurah hati menawarkan untuk membantu dia kalau dia perlukan pertolongan. memang dia perlukan pertolongan la... dah dia sorang2 xde orang nak tolong. aku sebagai kawan mestila x nak tengok kawan aku susahkan? aku ajar dia macam mana nak buat task2 yang dibagi oleh penyelaras setiap minggu.. aku fahamkan untuk diri sendiri dulu pastu baru aku ajar dia. sampai ada 1 malam tu, aku terpaksa turun ke kafe semata2 nak ajar dia buat erd,flow chart,ngan macam2 lagilah. kesian sangat2 aku tengok dia masa tu. alih2 masa prezen dalam kelas lect pown terkejut dengan dia sebab dia siapkan kerja dia tepat pada masa.. lect dah anggap macam dia  x wujud dalam kelas sebab dia selalu je x buat tugasan yang diberi.. lect bertanya pada sapiq sape ajar awak? dia cakap kawan yang baik hati... hohoho... kembang skejap aku. dari situ hubungan aku ngan dia makin rapat.. dan x lebih dari kawan. rapat tu bermaksud dia akan ajak aku setiap kali dia nak g makan kat luar.. tapi aki tolak sebab aku x nak terlalu rapat nanti jatuh fitnah lagi. cukup2 lah aku kena fitnah masa sem 3 tu.

semester 6 kembali.... kami semua bz menyiapkan projek. aku ade juga bertanyakan pada sapiq tentang projek dia.dia cakap dai x buat ape2 pown sebab penyelia x approve ape yang dia nak buat. so dia ambik keputusan untuk drop subjek projek dan bawak untuk sem depan. betul2 aku kesian kat dia... aku x boleh nak tolong sapiq lagi.. sebab dia sendiri x brusaha untuk tolong diri dia. tikah pernah cakap dengan aku sebelum nie, sapiq dulu masa kami mula2 kenal pantang nampak aku.. terus je rasa berbulu mata dia dan aku pown sama.. x boley nampak dia. berbulu ayam je mata aku nie rasanya. memang kami x boley bersemuka langsung. lepas dari peristiwa pertemuan yang x disangka masa cuti semester dulu telah membuatkan kami berkawan. betul la kata orang, x kenal maka x cintakan? ha... bukan nak fall2 ion love plak ye! oke, ade 1 kisah nie masa nak balik kampung kes tade air kat asrama. aku betul2 letih kot nak naik turun dari tingkat 4 semata2 nak cari air. dah la bulan puasa pulak tu. abeh 1 keje pown x jadi. sampaikan aku x mandi pergi kelas pagi tu.cipta sejarah dalam hidup. eeewwww... dengan nekad aku buat janji, aku nak balik jugak kalau aku bangun pagi tu air maseh tade.. dah memang sah2 air tade pagi tu. aku buat keputusan bulat dan tade sape lagi boleh ubah... aku nak balik hari tu juga.. kebetulan plak kelas aku yang lain semua tade 2 yang berani mati buat keputusan nak balik kampung. aku ade bertanyakan sapiq pagi tu.. aku ingatkan dia balik dengan bas. so aku tanya la dia, dia tanya aku balik... nak turun mana. aku cakap dah tentu2 la aku turun kb macam selalu.. ape dah lupe ke? dia diam.. aku pown buat keputusan untuk balik sendiri.. sapiq bia je la.merajuk seketika dengan dia.ape kes?haha... tade la merajuk cuma malas nak balik dengan dia.pas aku bincang punya bincang dengan yani, aku nak tumpang dia pegi alor setar sebab nak naik bus kat sana.. pastu yani pown cakap kat aku yang sapiq nak balik.. pastu aku cakap dia x nak balik dengan aku. sebab aku x mandi pagi tadi... huhuhuhu... terus sapiq tanya aku nak turun kat mana... aku x paham lagi dan aku jawab la turun kat kb la kalau naik bus.. dia pown cakap balik ngn kereta la semek.. huhu.. malu kejap aku.aku cakap kalau macam tu anta la aku kat pasir puteh. dia cakap jauh la... aku jawab lagi.. ala boley la piq... bukan selalu pown kan? tolong kawan2.dia berkeras lagi..dia suruh g tau kat mana2 kawan aku pegi ambik aku kat machang.. sebab dia nak tinggalkan aku kat situ.. terus aku cakap ala piq.. boley la g pasir puteh erk.. dia diam lama.. pastu dia cakap oke la.. aku hantar sampai pasir puteh je.. tapi x sampai rumah. aku cakap thanks sapiq.. hehe. itu 1st time aku balik dengan sapiq.bukan berdua je oke! iwe dan tikah pown ikot serta.tikah 2 pown lepas aku pujuk abeh gaya baru nak balik.. kalo x mengada kejap nak balik.. kejap x nak. jenuh tunggu mereka2 nie tau. sampai aku ase macam x nak balik pown ade.lame kemain.. janji kol 2 kol 5 baru boleh jalan.janji melayu biasala...kali kedua aku balik dengan sapiq masa lepas raya puasa.masa tu kelas x de dan aku kena balik tukar laptop sebab laptop adik aku yang aku pinjam tu x boley nak run sistem aku.menyampah dengan windows 7! masa nie ade la siket babak2 cemburu oleh bekas penasihat.sampai x nak langsung balas mesej aku.merajuk sebab aku balik sampai x sempat nak makan.dari malam tu lagi ade perubahan pada bekas penasihat yang aku perasan.cuma malas nak ambik hati sangat.buat x tau dah la..*benda lepas jangan dikenang,plesss!*sebab nak balik dengan sapiq bukan aku sorang ber4 semuanya. aku sampai x sempat nak makan dek kerana diorang yang hampeh nie. aku baru je siap2 nak pergi makan terus dapat mesej suruh bersiap nak balik lepas zohor.memandangkan aku nak tumpang orang jadi aku pown siap2 la..tangguh dulu niat nak makan.kot2 la si sapiq 2 nak berhenti mana2 nanti untuk makan. hampeh.. berhenti isi minyak kete dia je.. aduhai...sabar je la perut. sepanjang perjalanan balik lepas hantar tikah dan kausar, aku diam je.. x tau nak cakap ape dah ngan sapiq. dia pulak yang banyak cakap ngan aku malam tu.. cerita pasal awex dia, pasal dia blaja dulu.. aku layankan aje la.. seyes x tau nak cakap ape. sampai pasir puteh dia tinggalkan aku kat situ.dia sempat cakap.. aku kalau boley nak hantar sampai rumah sebab orang lain dia hantar sampai depan umah.tapi dia ade keje lain + dia x biasa dengan jalan kat kawasan sini.aku cakap oke je.. nak hantar aku sampai pp nie kire dah cukup baik dah pown.  aku berseloroh, nanti bile aku kawen jangan lupa datang umah aku. nanti aku marah tau kalau x datang! :P hehe... dia diam. oke la 2.. sebab dia tengah gaduh ngan awex dia malam tu membuatkan aku mati kutu untuk bergurau dengan dia...

berlaku konflik dalam persahabatan kami.. lepas jawab 1st paper masa exam ritu ade 1 kes yang membuatkan kecoh 1 kelas.. dan sapiq ade kol aku masa tu untuk daptkan kepastian.. aku macam biasa la.. kalau nset dah masuk dalam beg mestilah x kan berangkat punya. kol la kau banyak mana pown. kes x dengar punya pasal la.. alih2 dia kol salah sorang kawan aku dan marah2 pasal hal tu.. aku cuma diamkan diri dan x buat ape2 tindakan lepas tu. sebab aku fikir jalan terbaik adalha diamkan diri.aku x nak nanti kalau aku bersuara keadaan jadi teruk jadi aku pown jadi pemerhati je.. lepas semua tu selesai, aku ada la kol dia tu pown lepas dia kol kawan aku yang dia marah2 hari tu... dia cakap suh kirim salam kat aku kalau aku ada kat situ.. balik je bilik aku kol dia.. mula2 msk voice mail.. 3 kali msk voice mail. aku biarkan dulu. pastu aku kol semula... 3 kali juga dan x berangkat. akhir sekali aku hantar mesej dan says sorry to him. lepas tu dia x balas2 msg aku. hari kedua exam aku ade tegur dia, dia buat2 x nampak aku dan x cakap langsung dengan aku.. aku cakap aku mintak maaf.. dan banyak kali aku ulang alih2 aku buat ayat merajuk.. sampai hatimu piq, aku cakap dengan tunggul rupanya. alih2 dia jawab kan aku dah jawab.. semua orang yang ada kat situ bekap aku.. kau x cakap ape2 pown dengan linda. terus aku belah.. dah malas nak fikir lagi. aku dh pown minta maaf dan terpulanglah pada dia nak maafkan @ x..

seyes... sampai hari ni bile kau teringatkan peristiwa tu aku rasa bersalah sangat2 dengan sapiq... dia dah x nak jadi kawan aku lagi.. sebab kerana dia cakap aku tipu dia pasal exam 2. oke, aku paham hati tengah marah... aku berdoa mudah2an dia maafkan aku dan maseh nak kawan ngan aku macam dulu2... :)

sebelum habis exam, dalam minggu study week macam2 kontrobesi yang terjadi antara budak2 kelas aku nie. aku ngn patner aku selaku orang2 yang mereka hormati x diserang samada secara hendap @ terbuka. orang maybe hormat kak iza dan aku nie sebab kawan baik k.iza so diorang x berani nk sentuh la kitorang. lg 1 aku n k.iza x pernah ambek tau hal budak2 kelas lepas abeh waktu kelas. cuma ade segelintir je yang sibok2 nak cerita dengan kami pasal gosip hangat dalam kelas
sekarang aku dah tamatkan pengajian kat perlis dan sedang menjadi penganggur terhormat dalam rumah nie. walupown dah bosan tapi buat2 x bosan la sebab belum boley merantau lagi. ade keje penting yang perlu diselesaikan dulu.. kalo x mau mengamok mak nanti ngan aku. huhu..

**panjang berjela2 cerita nie, nasib la dah kombine jadi pendek.. kalo x panjang berjela2 lagi agaknya.

terima kasih bekas en.penasihat kerana nasihat anda selama nie.. akan dijadikan bekalan untuk menghadapi kehidupan
Post a Comment