Saturday, October 27, 2012

♡ BIG BANG ♡

sabtu yang menyeronokkan lagi... sungguh sangat berpuas hati. kalau minggu lepas aku ke stadium Shah Alam untuk perlawanan bola sepak, minggu nie pulak aku ke Stadium Merdeka untuk menemani Alia menonton big bang punya konset.

kali nie aku x masuk pown dalam stadium tu sebab aku tade tiket.kat sana diorang still jual ag tiket tapi yang harga 188 je.aku budjet dapat yang 98 tu sebab nak duduk sekali dengan alia. tapi hampeh.. tapelah lain kali aku join dia masuk.

kami keluar jam 11 pagi.. perancangannya nak pergi ke ikano naik shutle bus tu, tapi alia turun lambat jadi kami terpaksa tunggu bus depan rumah nie.mulanya naik metro pastu kami turun semula sebab kena berdiri.then sampai rapid.. ingatkan u88 rupanya u89 yang menghala ke kelana jaya.

destinasi pertama kami adalah KLCC.. tujuannya untuk melawat tempat kerja baru kerol. kerol sekarang dah bekerja dengan aino living yang mana gaji dia lagi masyuk dari kami semua.. oke lupakan pasal gaji dan kerja.. sesampai je kami kat situ dengan muka yang super excited kedua2nya mencari kerul.. kami lunch sama2 dan borak macam2 benda pasal kerja kerul. macam biasalah kami berdua nie suka menyoal siasat.jadi macam2lah soalan yang kena kerul jawab. haha...

dah selesai makan tu kami gerak masuk convention center semula.. pastu kerul bagi kami guna note dia. ape lagi, peluang hanya datang sekali.. jadi kami pown bergambar sakanlah kat taman klcc tu. dalam masa x sampai sejam dah berpuluh2 keping gambar kami dalam note kerul tu.. yang best kami dapat ambil gambar dengan orang baldu..

dah habis sesi bergambar kami terus gerak ke stadium merdeka, aku hanya hantar alia kesana sebab dia x tahu jalan nak kesana.aku macam biasalah, gps dalam kepalalah.. sesampai je kat sana aku pulak yang jadi super excited.1st time aku pergi konset nie. macam2 free gift aku n alia ambik. hehe, cuma yang x puas hati kami x dapat lampu merah tu.. :((

sekitar jam 5 aku gerak ke klcc semula sebab aku x nak dok sorang2 kat luar stadium tu. lagi pown alia dah jumpa dengan kawan baru masa kat stadium tu.. jadi tadelah aku risau sangat pasal dia.. dalam perjalanan ke klcc aku kena tukar train kat masjed jamek. dan aku ambil peluang nie untuk singgah masjed jamek kejap. dengan niat nak cari beg alih2 aku jalan2 cuci mata je sebab tade mud nak beli barang..dalam perjalanan ke klcc lagi aku tersalah naik tren..disebabkan aku terlalu kuat berangan aku naik tren pergi kelana jaya.nasiblah aku cepat perasan masa sebelum sampai pasar seni.. terasa malu je bila sedar yang berangan t memang melalaikan aku.. haha

aku tunggu kerul habis kerja sambil baca novel..selamba je aku lepak kat luar convention centre tu sambil bersila atas lantai.. dah la ujan masa tu. rasanya semua kawan kerja kerul fikir aku nie aweks dia sebab aku dan ali dari tengah hari dok kacau2 kerul pastu masa kerul tunjuk barang2 kat kitorang ada sorang aweks yang cute2 tu tengok kitorang tanpa berkelip mata dan ada jugak kawan lelaki kerul tanya yang mana satu? kami macam biasalah.. buat2 x tahu.

habis je kerja kerul lambai2 aku dan kawan kerul yang lelaki tu tengok aku macam pelik.. mana x peliknya, aku ada tangan besar..jadi aku balas balik dengan tangan besar tulah.. haha. terus kami jalan2 depan air pancut yang bewarna warni nie. nak je mintak kerul ambik gambar tapi segan.. huhu.. kami terus ke masjed jamek untuk makan laksa kat pasar malam.

masa tengah makan tu tiba2 kerul cerita yang dia banyak kenangan kat pasar malam tu.. antaranya masa dia dengan 1st aweks dia.jadi aku korek2lah siket.nampak dia macam kecewa sangat masa cerita dan dia cakap tempat last jumpa adalah taman klcc. ala.. kesian pulak aku dengar. nak menyedapkan hati kerul aku cakap kerulkan ramai orang minat.pilih jelah mana2.dia jawab yang 1st sampai sekarang susah nak lupa.dan masa tu jugaklah kerul x membahasakan aku dengan nama kakak..setahu aku si kerul nie sekarang dah ada aweks.tapi kami semua masih wondering sape.aku macam dah dapat agak sape orang tu..tapi mungkin jugak tidak...biar masa yang tentukan semuakan? :))

pas makan kami jalan2..kerul nie suara dia memang aurat tau x??? cakap sangat selow.aku nie kalau orang yang bercakap dengan suara selow mesti kena ulang banyak kali.maklumlah aku x cukup tido jadi kenalah banyak kali baru paham. dalam jalan2 tu aku nampak dress, cantik jadi aku masuklah kedai tu pastu aku nampak kerul bercakap dengan sorang perempuan jadi aku budjet kerul nie nampaklah aku masuk kedai baju tu jadi aku tengoklah baju tu.rasa macam lama je aku jenguk keluar.. rupa2nya kerul x tau yang aku masuk kedai baju tadi..dia tercari2 aku.haha... kesian pulak.aku x tanya apa2 pown pasal perempuan yang berborak dengan dia tadi tu, tiba2 dia cakap tu kakak ipar kerul.aku pulak owh... aku tade niat pown nak tahu sape dah dia cakap dengar jelah. aku kan seorang pendengar yang setia. haha..oh tolonglah!

kami tunggu alia kat masjed jamek.. tapi alih2 kami gerak dulu sebab train sampai kol 11 je.kami ke kelana jaya untuk ambil kereta kerul sebelum gerak ke kl sentral untuk ambik alia.kesian kat kerul.. dalam mengantuk pown still lagi bertahan untuk menolong kawan2. aku berterima kasih sangat sebab dapat kawan macam nie. dalam kesulitan dia hadir menolong.. ada kisah yang membuatkan semua orang menjauhkan diri dari kerul. hanya alia,dayah dan aku yang masih bersama kerul..dan itu jugaklah salah satu sebab kerul kerja tempat lain. aku belum bersedia untuk cerita pasal semua nie. sebab aku belum dapat jawapan dengan semua persoalan yang aku ada. alia dah ada jawapan cuma dia belum bersedia untuk bercerita dengan aku. mudah2an satu hari nanti alia akan share dengan aku.

saat aku pergi cari kerul lepas hantar alia tu, perasaan malu sangat2 nie.. dah la cari kerul x jumpa.nak mesej kerul segan amat sangat.entah kenapa pown x tahu... if only dapat seseorang macam kerul.. hehe.. berserah pada takdir jelah macam nie :D
Post a Comment