Friday, October 26, 2012

BULAT

selamat hari raya aidiladha kepada semua.. baru je selamat sampai dari puchong ke rumah mak long untuk menyambut hari raya haji. keputusan saat2 akhir aku setelah merasakan sangat sayu jika aku merayakan raya haji tahun ini kesorangan..

dalam meredah hujan lebat aku ke puchong dan mengambil masa 1 jam 30 minit akibat jammed yang amat sangat..tade yang menarik pown masa perjalanan ke sana selain aku dok risau macam mana nak contact sepupu aku tu bila aku sampai sebab aku lupa top4kan kredit.dah la aku bermandi hujan basah lencun pastu sampai2 redah hujan lagi sebab cari kedai top4.nasib baik sikit sebab sepupu aku kol sewaktu aku baru nak sampai.. so tade la aku risau kena tunggu lama sangat. hehe..

oke, sesampai je kat umah mak long aku salam semua orang yang ada pastu kena tegur kenapa basah lencun.. dan soalan yang dah memang diorang ada jawapan.. kau x balik kampung ke linda? jawapan yang ringkas dan senang dari aku, x balik la sebab tu aku ada kat sini..hehe

sampai tengah hari tadi aku still dapat soalan yang sama dari semua orang... yang paling best masa aku keluar ikot sepupu aku bawak bini dia pergi beli barang. semua orang dalam umah cari aku.. hehe, sebab nak ajak aku makan la kot. boleh pulak diorang x perasan aku keluar ikot mereka beramai2.

saat aku bersiap2 nak balik tadi alang sampai.. dan sekali lagi aku terjebak untuk makan bersama mereka2. sekali lagi persoalan dari semua orang kerja ke esok? jawapan aku x kerja tapi ada hal.. semua ingat aku nak mendatingkan diri, silaplah.. aku ade janji dengan kawan untuk teman dia pergi big bang concert esok. sebelum tu nak pergi jalan2 sambil melawat kerul kat klcc.. arghhh! klcc lagi??

dan part yang paling best bila aku kena leter dengan mak long kalau dah suka tu nikah je terus.. aku cuba nafikan tapi semua orang dah sokong mak long.. demi nak hepikan hati semua orang aku cakap insyaallah kalau ada jodoh tahun depan aku naik taraf hidup aku.. mak long sambung semuanya nak tahun depan.. nak je menjawab tahun nie dah x sempat.. hehe, tapi simpan je.mak lang berpesan kalau keluar tu nanti tengok2 jalan sekali.. jangan main jalan je.. hehe, macam tau2 je aku nie macam manakan?

p.s: aku paling benci orang yang menipu! dan terima kasih kerana telah berjaya mewujudkan perasaan benci aku pada kau even aku habis2an x nak ada perasaan tu pada kau!kau tipu aku,kau yang dapat balasan.. sekian terima kasih :)
Post a Comment