Wednesday, October 10, 2012

Second

seperti ramadhan dan syawal.. pejam celik pejam celik dah pown setahun berlalu untuk menyambut hari raya qurban lagi.. pasti ramai yang tak excited untuk menyambut hari raya qurban.. oke.. lupakan pasal perasaan.. disini aku ingin kongsikan tentang perkara yang lama berlaku dalam hidup aku..

sekitar setahun yang lepas.. bermacam ujian yang aku telah hadapi tapi semua tu aku gagal sebab aku tade sifat sabar. dan kerana mahu tenangkan perasaan aku pada hari raya haji tahun lepas aku balik kampung dimana seminggu sebelum final exam berlangsung.. aku niat nak balik study kat rumah sebab konon dapat siket ketenangan.. rupa2nya maken celaru otak aku.

oke, hari raya haji yang pertama aku menziarahi kubur arwah atuk dan arwah opah... selesai membaca surah Yassin aku cabut rumput2 yang tumbuh dan clearkan daun2 kering, dan tiba2 hati aku sebak dan mata aku mengeluarkan air mata. aku bukan cucu yang baik untuk mereka. jikalau mereka masih ada hari ini pasti mereka kecewa yang teramat dengan aku. sedangkan masa hayat mereka, keduanya sangat baik melayan kerenah aku terutamanya arwah atuk...mereka pergi terlalu awal.. selama ketiadaan mereka sampai sekarang hanya sekali aku bermimpi bertemu arwah atuk.. dan aku sangat sedih sebab atuk tak kenal dengan aku..

dengan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.. mudah2an hari raya haji tahun ini aku takkan menangis lagi bila menziarahi mereka.. Al-Fatihah untuk kedua2nya.. amin
Post a Comment