Thursday, February 14, 2013

kuasa 2 & 3

hari JUMAAT tiba lagi.. yeahhh...! esok aku akan mulakan pengembaraan menjelajah PANTAI TIMUR.. hehe. Dalam keadaan yang kurang sihat nie pown masih lagi aktif untuk menaip entri kat sini.. jari nie terasa gatal2 bila x leh nak menaip2..

oke, seperti biasa setiap hari jumaat kat sini akan ada kuliah JUMAAT.. banyak jugak ilmu yang dapat aku jadikan panduan dalam memperbetulkan diri untuk jadi yang lebih baik lepas ini... Insha-Allah..

sekarang aku nak masuk dalam isu tajuk entri aku kali nie.. DUA orang yang menyerupai seseorang yang bernama KAWAN telah aku jumpa kat sini.. yang 1 tu menyerupai dari segi paras rupa.. dan yang satu lagi dari segi gaya dan paras rupa.. jadi aku bagi nama TUAN BADAN adalah kuasa 1, yang muka seakan2 tu kuasa DUA, dan yang ketiga tu KUASA 3.. hehe.. suka hati aku je kan? :P

dah lama mengelak sebenarnya untuk melihat mereka berdua nie.. setiap kali terserempak pasti pandangan akan jatuh ke lantai.. huhu.. Tapi bila difikir secara positif sampai bila nak mengelak.. jadi aku kena jugak hadapi semua nie.. so pasni tade dah pandangan jatuh ke lantai setiap kali terserempak oke.. :)

Pesongkan pulak entri dari tajuk asal.. maklumlah malas dah nak buat entri banyak2 jadi combinekan jadi 1.. senang, jimat masa dan tenaga.. hohoho.. :))

Memandangkan minggu nie adalah minggu DEMAM satu rumah dan pejabat.. MAKA aku telah menghadirkan diri ke KLINIK KESIHATAN untuk dapatkan ubat2an dengan tujuan untuk jadikan bekalan untuk aku TRAVEL nanti..

Panjang sangat MUKADIMAH cerita pasal klinik nie.. oke, macam semua orang tahu bila dah ke klinik dalam waktu 10:00 pagi kompem2 la sudah ramai yang menunggu QUE untuk diperiksa oleh seorang DOKTOR.. dan begitulah jugak aku.. haish.. asyik kalah je bila masuk bab tunggu menunggu nie :((

Dalam pada masa aku dok sabarkan hati menungggu giliran aku tengok SEKELILING, dan hati aku rasa TERUJA.. sebab aku tengok ramai BABY dan kanak2 riang sedang menakalkan diri*kanak2 riang* dengan barang2an klinik.. dan dihadapan aku ada sepasang suami isteri dan juga anak perempuan mereka yang cute.. dan membuatkan aku terfikir untuk tulis jugak BESTNYA HIDUP BERKELUARGA! ada MUMMY, ada DADDY, dan jugak ada BABY dan so on... huhu.. gedixkan?

Oke, bagi aku normal bila aku dah mencecah suku abad nie.. dan orang sekeliling pown asyik dok sibukkan diri menanyakan soalan yang aku belum ada jawapan.. harap BERSABAR ya semua.. Suatu hari nanti Insha-Allah..

Ade pasangan nie.. anak mereka mungkin baru lepas pantang.. aku pown jadi compius seketika bila terlalu ramai yang bergerak bila doktok panggil untuk check bayi tu.. ada 2 orang perempuan, 2 orang lelaki dan seorang mak cik.. oke, untuk mak cik tu aku assume sebagai NENEK.. yang 2 orang perempuan dan lelaki tu aku x tahu nak assume yang mana satu mak ayah budak kecik tu.. haishhh tu pown jadi masalah untuk aku nie kan? hohoho.. sibuk nak ambil tahu hal orangkan? haha

oke.. kembali kepada kisah masa aku cuti 2,3 hari lepas.. saat kat kampung halaman~~sambil bayangkan keindahan bilik tidur yang bersepah macam kapal pecah..~~ hohoho.. ada seorang cina nie datang rumah untuk kasi limau dan dengan tidak sengaja kot dia nampak bawang mak yang seguni dan terus sibukkan mulut dia untuk bertanya... nak kenduri ke? mak aku dengan yakin menafikan.. pastu dia sibuk lagi dok cakap siap repair rumah bagai.. kompem2 mak aku nak kenduri.. pastu mak nafikan lagi.. nak tergelak pown ada jugak bila aku dengar.. haishhh.. SPEKULASI je semua tu oke! tade sape2 nak kenduri pown sebab mak aku memang suka beli bawang banyak2.. senang katanya.. pasal repair rumah tu pulak sebab ayah nak pasang tingkap cermin.. so jadilah begitu rupa..dan orang sekeliling salah paham.. hehe... kesiankan?

Oke, cerita dah melalut2 sampai berbelit2 dah tali perut aku nie... so cerita sini sampai sini jela eh.. lain kali cerita lain pulak.. :))

Jika anda jatuh cinta.. CINTAILAH kekurangan seseorang tu, kerana dari situ barulah CINTA akan rasa SEMPURNA... :)

Saranghea
Post a Comment