Thursday, March 28, 2013

My Dream Wedding...

Eh, ape hal nie tetiba nak taip entri pasal wedding2 nie? hehe... oleh KERANA sekarang adalah musim cuti sekolah dan musim orang berkenduri kahwin... dan banyak post2 yang aku baca pasal perkahwinan, jadi aku pown termengadalah nak buat entri sebegini.. dalam syok tengah godek2 google pasal hantaran dan aku terjumpa satu gubahan hantaran yang sangat kreatif dan mungkin jarang orang nak buat..

cc to : google.com
hehe.. ape kata kalau aku yang cetuskan dulu perkara nie kat kampung aku suatu hari nanti? mesti ramai yang x bersetuju.. haha.. dah dapat agak dah. dan aku dapat satu idea, seperti gambar diatas hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.. manakala lelaki pulak balas dengan cili api, limau kasturi,belacan dan jugak tidak lupa LESUNG BATU.. hehe macam nie barulah tau bini diorang tu pandai x tumbuk sambal belacan.. haha.. memang gila. Idea yang mengarut dan pelik bagilah kat aku yang sangat suka berdrama dan berangan nie.. hoho.

Dah siap2 pasal hantaran masuk pulak bab pelamin sanding.. dah cantik2 hias barang hantaran mestilah nak pulak ada pelamin idaman hatikan? oke, dalam bab pelamin nie aku hanya sukakan sesuatu yang sangat simple.. dan paling penting SILA JAUHKAN WARNA PINK DAN PURPLE dari wedding aku.. even aku nie adalah seorang peminat tegar warna purple.. tapi aku x nak ada warna nie pada pelamin,pakaian or barang hantaran aku suatu hari nanti... warna apa pown aku dah x kesah selain 2 warna yang aku mention tadi... oh please...!

mahukan semacam ini tapi... warna purple dan pink haruslah dijauhkan..
cc : google.com

rasanya itu sahajalah kot perkongsian aku pasal dream wedding aku yang akan berlangsung suatu hari nanti. bila pown aku sendiri belum tahu. haha... Entah pape!

p/s: emak dan semua orang masih merasakan yang aku nie semacam kanak2.. sebab aku selalu bergila2. ini adalah aku.. jadi aku harap orang akan sedia terima aku sedia ada apanya aku dan x memaksa aku untuk ubah menjadi orang lain... Pesanan ikhlas dari hati :))

Sekian.. :)
Post a Comment