Tuesday, March 26, 2013

RATU HATIKU>>>>>

Berbicara dengan Emak walaupown seketika bila dalam keadaan hati sedang gundah gulana sudah cukup untuk membuatkan aku boleh bersenang hati tanpa memikirkan apa-apa selain melihat emak gembira.. Naluri seorang emak memang cukup kuat. Walaupown kita sering berkata eh, tade papelah.. semuanya oke2 je.. tapi sebenarnya hati ibu dapat merasakan yang anak mereka dalam kesusahan atau kesedihan... Itulah hakikatnya...

Sekarang aku lebih gemar tanya mak rindukan aku tak? hehe.. sebagai anak yang meningkat dewasa haruslah pandai mengambil hati orang tua.. bukan tau main2 aje... hoho *refer pada diri sendiri* dan aku rasa bersyukur sangat sebab aku dapat Emak dan Ayah yang sangat awesome cam gini.. Masa aku kecik2 mak selalu cakap "pergilah cari emak lain.. tengok dapat tak diorang buat macam mak korang nie buat" oleh kerana kedegilan kami lagi2 aku nie membuatkan emak selalu pusing ayat kat atas tu... Dan sekarang baru aku sedar yang kata2 emak adalah betul semuanya..

Melihatkan sekeliling aku.. bersama rakan2 aku yang lain.. aku dapat rasakan yang aku sangat bertuah kerana dapat emak dan ayah yang begini.. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain hidup aku sebenarnya terlampau dimanjakan oleh mereka2 dalam aku tak sedar.. Kawan2 selalu menyangkakan yang aku nie anak Bongsu tapi mereka silap.. aku anak kedua dari 3 beradik yang selalu nak cakap manja2 dengan emak.. huhu...

Emak adalah tempat aku berkongsi cerita kehidupan aku.. semenjak habis SPM aku dah mula merantau duduk di tempat orang. Belajar hidup berdikari dan belajar untuk hidup sendiri. Sampai sekarang... emak adalah orang yang aku akan cari bila aku perlukan pendapat. Walaupown kadang2 pendapat emak aku kurang boleh terima dan ada masa aku x boleh terima langsung aku tetap akan respect nasihat2 emak.

Orang selalu berkata CINTA LEPAS NIKAH, BOLEH KE BAHAGIA? bagi aku.. bahagia adalah pilihan. Tak semua perkara akan jadi senang tanpa ada usaha yang gigih. Tak salah mencubakan? aku lagi risaukan hubungan tanpa RESTU KELUARGA dari hubungan cinta lepas nikah.. kerana tanpa restu mereka hidup umpama tiada arah tujuan dan mungkin hubungan yang terbina akan hadapi dugaan..

Mak selalu berpesan... andai tiada restu dari keluarga baiklah jauhkan diri dari hubungan itu sebab mak x nak anak dia nie nanti merana. Kerana kasih sayang yang mak x pernah ungkapkan.. hanya melalui bebelan dan nasihat dia aku dapat lihat kasih sayang EMAK.. haishhh emak..emak... :))

Sebenarnya aku tahu kenapa emak x setuju dengan perancangan aku untuk bulan 11 nanti.. cuma emak x cerita je kenapa. Mungkin emak masih rasakan yang aku nie budak2 even umur aku dah cecah 25 tahun sekarang.. Demi membahagiakan emak aku sanggup tunggu sampai tahun depan. Dan aku sering ingatkan diri SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH.. semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA.. :))

Sekian...


Post a Comment