Wednesday, March 20, 2013

Rindu...

Sejak semalam hati aku nie asyik dok terharu aje.. dan asyik dok teringat pada arwah Atuk dan arwah Opah.. tetiba rasa rindu pada arwah sangat mendalam dan bergenang air mata aku saat aku baca surah Yassin sebelum tidur semalam..

Tiba2 teringat pada mereka dan kenangan2 bersama mereka.. tersangat INDAH kenangan itu dan x mungkin dapat aku ulangi lagi bersama sesiapa selain mereka.. teringat saat aku masih kecil2 dan selalu je datang ke rumah atuk dan opah untuk kacau mereka.. Biasalah aku nie mana boleh duduk diam2.

Asalkan hari cuti aje kami 3 beradik mesti WAJIB datang rumah atuk dan opah.. sebab kat sini kami sangat heaven. Atuk selalu manjakan kami bertiga dengan MAKANAN.. untuk pengetahuan semua aku sebenarnya kurus keding ketika awal persekolahan.. kalau tengok pown kompem kesian sebab aku nie x berapa kuat makan.. huhu.. tapi sekarang dah macam gergasi.. huhu

Kisah yang paling aku ingat bila kami tiga beradik selalu je minum ice cream yang opah buat guna bekas tu, pastu kami kena marah dan kami lari menyorok bawah katil atuk.. x pown kami merajuk balik bertiga sebab kena marah dan atuk pasti akan datang pujuk kami sebab rindu.. hehe

Atuk selalu bawak kami 3 beradik naik bot pusing2 sampai satu hari tu aku mabuk dan mak marahkan atuk... lepas tu aku dilarang naik bot atuk lagi. Tapi biasalah.. akukan degil mana nak dengar sangat apa yang mak bebelkan janji atuk ada jaga kami.. hehe

Aku kurang rapat dengan opah sebab opah selalu je marah kitorang.. tapi dengan Noyien opah boleh pulak kamcing walaupown noyien sama je degil dengan aku dan abang.. Cuma noyien nie pandai ambik hati opah sebab tulah opah dan dia boleh geng.. Sekarang aku dah 25 tahun. Dah besar aku sekarang dan aku masih lagi rindukan kasih sayang mereka... hehe

Seandainya mereka masih ada lagi saat ini, pasti aku noyien dan abang akan melayan mereka seperti mana mereka pernah melayan kami dulu.. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang2 yang beriman... amin
Post a Comment