Thursday, March 28, 2013

Saat pagi2 semua orang bangun dengan semangat untuk mencari rezeki yang HALAL.. aku dengan kurang bersemangatnya bangun untuk mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja.. Hari yang agak muram bagi aku.. Dimana aku harus hadapi semua nie sebagai dugaan dalam mematangkan diri aku sebagai seorang manusia yang semakin kian meningkat dewasa...

Hati aku agak terkilan dengan apa yang terjadi.. bila mana aku mencari orang untuk aku kongsikan sesuatu dan mereka mengetawakan aku. APAKAH mereka tidak sedar? mungkin ya... sebab mereka bukan di dalam keadaan aku.. sampai sekarang masih terngiang2 kata2 mereka dan gelak ketawa mereka pada aku.. tak apalah, aku harus tabah kali nie..

Esok adalah permulaan baru untuk aku.. mudah2an semuanya takkan lagi seperti ini. aku sudah letih menghadap drama air mata setiap kali aku pulang kerumah.. hinggakan aku rasakan aku dah x sanggup untuk melihat air mata seorang ibu mengalir kerana anak2 yang sentiasa membuatkan hati ibu itu terluka... Mudah2an dengan perginya aku dari situ akan membuka pintu hati mereka dan menyedarkan mereka semua nanti..

Kalau ikutkan hati, mahu aku bawa MakLong bersama2 aku.. ataupun aku hantar MakLong balik ke kampung.. biar dia tenang disana.. Tapi aku hanya anak sedara yang menumpang disitu. jadi aku langsung takde hak untuk bersuara selain mendengar dan melihat perlakuan mereka..

Mungkin ada salahnya mereka semua... orang luar mungkin boleh bercakap sebab mereka tidak merasa dan memahami apa yang terjadi.. Biarlah mereka menilai dari luaran.. kerana suatu hari nanti kebenaran pasti akan terserlah..

Sekian...
Post a Comment