Thursday, March 14, 2013

Terkezutttt!

Hari yang sangat penuh dengan kejutan... ermm atau lebih sesuai lagi aku katakan MINGGU yang sangat penuh dengan kejutan. Orang lain yang sambut hari lahir tapi aku yang dapat kejutan.. Mari kita mengulas dengan lebih lanjut isu ini... haha

Hari nie dari pagi sampai ke petang hidup aku macam biasa.. kacau orang even aku masih banyak kerja nak kena buat. *lepas nie aku nak jadikan KACAU ORANG adalah hobi baru aku* hehehehe.... Sesampai je aku dirumah ini sekitar jam 6 petang tadi.. Terus aku mengajak Hekal lawan badminton dengan aku.. Sebenarnya aku dah lama gian nak main badminton nie cuma aku tade lawan nak main.. hoho kesiankan?

Dalam syok2 main macam2 aku kenakan si budak Hekal nie.. dan dia pown sama.. ikut balik apa yang aku cakap kat dia. dah nama pown budakkan.. yang aku nie pown x nak mengalah langsung. huhu.. game berakhir apabila si Aad panggil Hekal suruh dia ambik kucing dia yang hilang kat rumah Mak Andak...

Ape yang kaitan dengan kejutan? nie aku nak cerita lagi nie... Kejutan berlaku apabila lepas Wafiy balik dari bermain sukan kat sekolah dia.. Dia terus mandi dan keluar kat depan cakap badan dia gatal2.. aku mula2 buat selamba je la sebab aku ingat gatal2 biasa je.. pastu bila aku nampak si wafiy nie bukan main sedap berkerok terus aku pergi dekat, rupa2nya dia elegik sebab beberapa hari lepas dia jatuh kat padang sekolah dalam lopak.. Lepas maghrib Maklong ajak aku pergi hantar budak nie pergi klinik..

Yang menjadi kejutannya adalah... jeng..jeng..jeng... Orang menyangkakan aku nie adalah mak kepada si Wafiy.. haha.. tua sangat eh aku? tapi masa kak Nani lahirkan Wafiy umor dia pown bru 23. tapi.. xlogik rasanya kalau aku yang jadi mak wafiy, kalau masih bayi tu aku boleh la terima.. nie budak tu dah 12 tahun.. hahaha... agak kelakar la akak nie.. Gurau kasar nampak.. hoho

Oke, sementara ingat nie aku nak tulis laju2.. tadi aku dipanggil oleh salah sorang staff admin dan bertanyakan aku tentang Lynas.. ramai yang cakap company nie menyebarkan Radio aktif. Melalui info yang aku tahu, kompeni nie sebenarnya menghasilkan bahan kimia, bukan radio aktif. Hrmmm, aku x berani nak ulas panjang2 sebab nanti salah aku explain jadi lain pulak.

Yang aku nak nyatakan kat sini, tadi aku lalai dalam berkata2.. mungkin aku kurang sensitivi terhadap perkauman dan perasaan orang sekeliling. Jadi aku dah warningkan diri tadi bila nak bercakap siang pandang2, bila nak bercakap malam dengar2..biar terlajak perahu tapi jangan sampai telajak kata,  oke?

Sekian... :)
Post a Comment