Sunday, March 24, 2013

Weeeee

Hari minggu yang lepas.. aku bersama mak lang, alang dan adam telah bertandang ke rumah uda di ampang.. dalam perjalanan ke sana jalan teramat2 jam.. sampai si adam nie dah bermacam2 lagu dia nyanyi dan bermacam2 soalan dia tanya aku..

dalam keadaan yang mengantuk aku layankan jualah persoalan demi persoalan si adam nie.. haishhh, mungkin aku masih belum ada naluri untuk menjadi seorang ibu sebab tu aku layan adam sambil lewa je.. yang selebihnya aku layan perasaan sendiri aje..

adam adalah seorang budak yang berusia 9 tahun.. dan sangat2 nakal! hehe... tapi dalam nakal2 dia tetap dengar ape orang cakap.. maklumlah budak2 baru nak belajar.. dalam melayan soalan2 adam aku ade jugak blur dengan apa yang dia cakap.. buat2 paham dan dia dapat detect yang aku nie x paham sebenarnya.. hoho.. oleh kerana malu aku cakap eh, mestilah paham... huhuhu

beginilah aku... yang masih kebudak2an.. yang masih manja dengan emak ayah.. yang sentiasa cuba untuk menjadikan diri yang terbaik untuk semua orang... yang cuba jadi matahari supaya dapat menyinari kehidupan orang lain... yang berusaha menjadi pelangi selepas gerimis...

cc : google image
InshaAllah...  :))

sekian...
Post a Comment