Thursday, April 11, 2013

90 Hari

Drama yang mengisahkan tentang pesakit2 kanser yang sangat positif dalam menjalani kehidupan mereka.. sangat salute dengan kehidupan mereka dan sangat2 sweet drama nie.. huhu, maklumlah aku nie manusia yang kuat berangankan? haha... tapi memang benar, kalau seseorang tu ada barah dalam diri mere dan mereka sentiasa  positifkan diri mereka insha Allah mereka dapat melawan barah tu..

Contohnya macam aku kenal seseorang nie, dari awal kenal sampai sekarang aku masih simpan cerita dia. Aku ade suruh kawan aku nie berubat tapi maklumlah, manusia yang degil memang susah nak diberi nasihat. Dia cakap dah lama dia alami penyakit tu dan dia sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan dia. Rasanya kalau sesiapa tengok kawan aku nie, mungkin tiada siapa pown yang percaya yang dia ada kanser dan kadang2 akan mengalami sakit yang amat melampau.. Kesian.. huhu

Tapi begitulah orang katakan TAKDIR.. syukur sampai sekarang kawan aku tu masih sihat dan telah berjaya dalam hidup dan kerjaya dia.. dan jugak telah berjaya mengatasi aku.. hehe... x pe rezeki masing2kan? itulah yang dikatakan kehidupan.. setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. seperti sekarang, tiba2 aku diserang GASTRIX yang melampau. dah makan ubat tapi still belum reda.Takpe, sakitkan penghapus dosa2 kecil.. banyak sangat DOSA aku nie sebab tulah kena uji dengan macam2.. hehe

Setiap cerita pasti ada kesudahannyakan? yang pasti hidup aku masih panjang dan masih banyak yang perlu aku belajar sebelum aku layak untuk memikul tanggungjawab yang sebenarnya.. So Sweet.. :))

Sekian..
Post a Comment