Saturday, April 13, 2013

conclusion

aku baru je selesai buat marathon kartun boboiboi sekarang nie dan dapat idea untuk update kat sini.. oke, nampak aku nie macam budak2 sekolah rendah sebab sanggup habiskan masa depan laptop seharian semata2 nak buat marathon boboiboi... huhu.. okelah tu, dari aku dok ngadap cerita korea yang sah2 hanya khayalan semata2 tu kan?

aku nak share satu perkara, dalam siri terbaru nie aku tengok boboiboi nie lagi mencabar dan beremosi. dalam episod ke 12 PROBE telah dibunuh dengan kejam oleh muka kotak yang seorang lagi tu, yang mana dia merupakan musuh ketat ADUDU jugak.. adehh.. pelik2kan?

aku sangat beremosi bila dia cakap yang adudu nie hanya kelas bawahan dan pemungut sisa mineral kat planet diorang, dan cakap probe adalah robot sampah.. huhu, sangat2 x suka dengan muka kotak yang baru ni.. cakap nak TOP aje.. bagi makan sabun TOP baru tau! eeeee..geram.

kesian kat adudu sebab dah kehilangan satu2nya robot yang banyak membuatkan dia hilang sabar dan sering baling cawan kat probe.. macam si adudu tu manusia pulak sampai aku boleh kesian begitu sekalikan? haha... macam2! mata aku bergenang saat probe  dihancurkan oleh robot perang muka kotak yang baru tu.. huhu, sangat2 sedih dan terharu.. kompem la sedih bila harus hadapi KEHILANGAN benda yang kita sayang tambah2 lagi itu jelah tempat untuk bergurau senda dan lepaskan marah..nak2 lagi perkara tu berlaku dalam sekelip mata. hrrrmmmm.....

aku berharap sangat yang adudu dapat repair probe dan mereka dapat bekerjasama kalahkan si muka kotak yang baru tu.. hohohoho..*gelak jahat*

dulu sibuk gila tengok Ben 10.. siap buat acting lagi dengan jam yang boleh pusing2..haha.sekarang, sibuk gilakan boboiboi.. sekali terjebak memang susah nak lepaskan. kalau sepupu aku tengok yang aku nie masih addicted dengan kartun kompem2 kena perli.. dan alasan aku tetap sama dari dulu sampai sekarang dan selamanya.. dan aku jugak pernah kena sound direct dengan mak long sebab boboiboi. tengok kartun pown sampai boleh gelak mengekek-ngekek, nasib tak guling2 je.. haha

cara yang sangat bagus walaupown x produktif *bak kata kak hanim* untuk aku menjalani hari minggu. hehe, x pelah bukan selalu pown aku nak melekat kat umah cam gini. minggu depan dah kena FLY.. hehehe...

kebahagiaan adalah milik mereka yang saling berusaha untuk mendapatkannya, bukan untuk mereka yang hanya berserah semata-mata...
majulah boboiboi untuk AKU... haha

sekian... :)
Post a Comment