Friday, April 12, 2013

Penangan!

Ini semua adalah POYO! haha.. oke hari nie merupakan final karaoke kat tempat kerja aku.. fuhhh, penangan dia sangat2 hebat.. sampai aku yang over excited dan masuk paling awal dalam studio tu tadi.. oke, untuk pengetahuan semua aku x join nyanyi2 ye! aku hanya jadi acting manager untuk 2 orang staff dari department aku.. kami semua terjebak... hohoho

1st time aku balik rumah dari ofis kol 10 malam nie.. sangat2 seronok sampai aku yang menjerit bila nama salah seorang dari department aku yang dapat tempat kedua. Betul sangkaan aku, dan aku seronok kerana mereka. Tahun depan kalau diorang buat karaoke dan boleh pilih lagu suka hati aku nak daftarkan diri aku nyanyi lagu ziana zain.. hehe

Dalam perjalanan balik tadi aku terserempak dengan sekumpulan mat2 motor yang konon saling nak test motor sapa yang paling POWER.. aku sampai tongkat dagu menunggu lampu tu bertukar jadi hijau tapi mereka tu x jugak henti2 dok buat bising ngan motor masing2.. ape yang terlintas dalam otak aku masa tu adalah, korang laju2 pown sampai trafic light kena berhenti jugak.. jadi no point la nak tunjuk2 oke! BORING!!!!... haha

Seseorang katakan aku nie jenis manusia yang akan ketawa bila aku sedih.. hrrrmmm, betul je??okelah, selamat berhari minggu semua...

sekian..
Post a Comment