Wednesday, April 17, 2013

Syukur...Terima Kasih..

Alhamdulillah... Allah datangkan seorang hambaNya yang sangat baik hati untuk menolong aku yang berada dalam kesusahan ketika waktu pulang kerja tadi.. Sangat2 bersyukur sebab aku dah x tau nak buat ape tadi selain fikir nak balik puchong pergi kedai motor yang selalu aku pergi tu.. Dan aku bernasib baik sebab aku tertanya seorang budak nie tadi.. tanya pasal kedai motor yang paling dekat dengan area situ.. dia tunjukan aku jalan, tapi aku x nampak ape pown masa dia bagi gambaran..

Nasib baiklah budak tu lelaki dan tau pasal repair motor.. huhu, jadi dia dah susahkan diri untuk pasang balik HUB yang tercabut  yang menyebabkan minyak keluar dengan laju saat enjin dihidupkan... memang membazir sangat2 minyak tadi tu.. Oke, first2 budak tu x percaya kat aku dia cakap mana ada minyak keluar pown.. maybe dia fikir aku nie orang yang cuba nak buat jahat pada dia kot.. hrrmmmm, entahlah. Kalau dia fikir cam gitu aku pown x leh cakap apa sebab sekarang nie keadaan bukan selamat sangat pown.

Aku dah detect minyak keluar masa aku kat round board yang 1st tu, sebab masa aku nak mengelak dari kereta depan aku rasa tayar belakang aku macam dah goyang2.. lepas tu aku bau minyak yang amat2 kuat. aku teruskan lagi sebab aku fikir x de ape2.. dan aku tengok meter minyak dah sampai paras paling bawah. jadi aku berhenti betul2 kat petronas.bukak tangki then minyak 0 dan keluar macam air paip.. hadeh!

Syukur sangat2 sebab Allah temukan aku dengan budak tu tadi.. yang sangat baik dan sanggup menolong aku nie walaupown x kenal. dan yang paling penting dia bagi nasihat aku suh pergi service motor aku tu sebab ada linking kat area gasket.. aku dah mula risau dah.. adeh, tengah2 bulan nie mana nak cekau moneykan? huhu.. jadi aku decide bawak motor tu selow2 je lepas nie dan x nak dah bawak pergi jauh2.. hrrrmmm...

Kesian kesayangan aku yang satu tu.. huhu sedih... :((

sekian..
Post a Comment