Saturday, May 11, 2013

adat resam

Malam nie aku nak berbicara tentang kisah yang agak dewasa siket.. perihal tentang adat resam orang melayu dalam menjalankan urusan nikah kawen. Segalanya haruslah bermula dengan persetujuan samada dari kedua bakal pengantin atau pown dari kedua belah keluarga dan yang amat PENTING adalah... RESTU orang tua. Jangan sesekali beranikan diri untuk terjebak dalam hubungan yang tade restu orang tua oke? :)

Oke bermula dengan perihal MERISIK. Hal ini dikatakan orang adalah BASIC bagi permulaan sesuatu hubungan ke satu tahap yang lebih SERIUS. Merisik adalah juga bertujuan untuk memastikan perempuan yang bakal dijadikan ISTERI atau bakal MENANTU itu belum mempunyai sesiapa atau lebih senang cakap masih SOLOlah. Hal nie bagi mengelakkan berlakunya kes2 meminang hak orang lain.. *merepek ape entah*

Step seterusnya adalah MEMINANG.. di mana pihak lelaki membawa rombongan ke rumah pihak perempuan untuk mengikat tali PERTUNANGAN sebagai tanda ikatan ke satu tahap lagi iaitu PERKAHWINAN.. Dan harus dimaklumkan bertunang bukan TIKET untuk anda lepas laku oke! *harap paham sendiri*

Masuk bab perkahwinan pulak, banyak yang perlu dipersiapkan.. bukan hanya untuk majlis sahaja, ia juga melibatkan persiapan dari segi mental dan fizikal bagi kedua belah pihak. Lepas nikah totally hidup akan berubah. Rutin hidup pown akan berubah 360 darjah.. Yang mana dulu kalau bangun pagi baru gelabah nak cari baju apa nak pakai, tudung apa yang sesuai dengan baju..nak iron lagi semua tu.Kadang2 main sarung aje asalkan tak nampak serabai walaupown baju tak bergosok.. lepas tu, boleh aje mandi dan siap2 terus keluar rumah tanpa sediakan sarapan untuk diri sendiri.. Bila dah berkeluarga haruslah peka pada tanggungjawab ini ye.. jangan nak bangun pagi baru nak gelabah mencari itu ini semua. Kalau boleh siapkan awal2, semalas2 pown ironlah baju untuk stok seminggu kan dah senang kerja tu. Malah anda juga akan mempunyai ahli keluarga baru bila sudah sah menjadi suami isteri nanti. Jadi persiapkanlah diri untuk memikul tanggungjawab masing-masing nanti. Carilah pasangan yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhaiNya.. InshaAllah.

Di entry DEWASA aku kali nie, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan-kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah nanti.. Semoga anda semua berbahagia hingga ke akhir hayat semua ya..

Kali nie aku selitkan satu short film yang berkaitan kisah cinta.. harap terhibur :)

"Mengail CINTA" - Pre-wedding Shortfilm Anis & Faisal




sekian.. :)



Post a Comment