Thursday, May 16, 2013

Dewasa

Lately aku asyik nak cerita perihal dewasa aje kat sini.. haha, macam dah tergedik2 sangat nak jadi manusia yang dewasa.. okelah lupakan perihal itu untuk seketika waktu. aku nak bercerita perihal balik cuti beberapa minggu lepas..

Seperti mana yang aku pernah ceritakan dalam entry sebelum nie, keputusan last minit aku telah menghasilkan result yang agak gempaq apabila hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti bersama EMAK dan si budak NOYIEN tu.. hehe...

Hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi KELANTAN aku telah berazam untuk menziarahi kubur arwah atuk dan arwah opah. Pengajaran yang aku dapat.. nak menziarahi kubur nie tidak semestinya hanya pada hari raya sahaja oke.. Permulaan hari yang sangat baik untuk aku pada hari itu. Hati aku berasa sangat tenang selepas aku menziarah kubur arwah. Mungkin selama nie aku terlalu ego untuk menziarahi mereka sehinggalah bila aku dah masuk fasa suku abad dan aku mula tersedar tiada apa yang boleh membahagiakan aku selai melihat orang yang aku sayang bahagia..

Balik dari menziarahi kubur EMAK mula mengajak aku untuk ke pasar, maklumlah.. hari sebelum tu tak sempat nak ke pasar nak beli sayur.. Nasiblah aku nie manusia yang mudah diatur2.. Lepas nie EMAK akan ada driver baru.. siapa lagi kompemlah si NOYIEN tu.. hehe.. Waktu petang sekitar jam 5 petang aku emak dan noyien bergerak ke rumah Opah Nik, maklumlah aku nie dah lama x bermanja2 dengan Opah Nik nie. sebenarnya aku dah lama x makan masakan opah nik.. huhu..

Ingat lagi aku tentang kisah kami adik beradik masa kecik-kecik dulu, setiap kali pergi umah opah nik kalau tak dapat makan kat situ memang kami akan menangis bila sampai kat rumah.. dah jenuh mak ngan ayah nak pujuk kami bertiga.. Lepas tu setiap kali kami ke sana opah nik akan pastikan kami semua makan.. hehe :)

Hari yang sangat INDAH bila semua perkara yang aku fikir nak buat menjadi dengan lancarnya.. walaupown mungkin tak sempurna sangat tapi memang sangat INDAH.. dan hari2 seterusnya lagi bermakna bila aku hanya jadi pengikut aje kemana jua NOYIEN bawa aku dengan motor. sebab dia yang mengajak jadi aku suruh dia belajar bawak motor tu jauh2 siket dah kata nak ambil lesen.. hoho. jahat gila.. TERIMA KASIH

Tujuan aku sekarang, kalau boleh aku nak bahagiakan semua orang yang aku sayang. Aku x mampu nak tengok kemurungan dalam diri orang yang aku sayang dan kenal. Aku sedih sangat bila aku rasa orang yang aku kenal sedih, tambah2 lagi kalau semua tu sebab aku.. Aku cuba jadi yang terbaik untuk semua..

Buat entry sambil dengar lagu butterfly nyanyian andhika pratama dan melly goslow.. syahdu je rasa.. haishhh!

Sekian.. :))
Post a Comment