Saturday, May 11, 2013

selamat hari ibu

Ya Allah.. hati aku cukup tersentuh bila melihat rancangan NONA hari nie.. di mana mereka memaparkan kisah ibu yang di tinggalkan oleh anak2 di rumah orang tua.. hati aku sungguh sayu melihat keadaan mereka dan terfikir apakah yang mereka fikirkan sebagai anak? kenapa sanggup melakukan begitu?

Mungkin aku bukan di tempat mereka.. tapi itu IBU.. orang yang melahirkan dan membesarkan kamu semua. Kalau seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai kenapa seorang anak langsung x boleh nak jaga ibu? dimanakah keperimanusiaan anda?

Dan dari itu aku terfikir, mampukah aku jadi seperti emak suatu hari nanti? yang menjaga dan membesarkan kami walaupown dalam keadaan serba kekurangan. Jagalah hati ibu anda selagi mereka masih ada.. jagalah mereka sebaik mungkin seperti mana IBU menjaga anda dari kecil hingga dewasa. Selamat Hari Ibu untuk semua..

sekian..
Post a Comment