Wednesday, May 22, 2013

SMOKING & WOMEN

Selamat malam... Yeahhhh! esok last kerja untuk minggu nie. Seronok walaupown cuti aku hanya akan berada di rumah dan melepak depan laptop buat marathon movie. haha, sejak ada U... ni memanjang aje nak tengok movie online. Bosan katanya.. :)

Kalau dah menulis semestinya ada cerita yang aku nak kongsikan bersama-sama.. Hari nie aku rasa malas sangat nak masak untuk berbuka puasa dan aku bercadang nak beli aje ape2 dan panaskan aje nanti.. Dan aku pown melenconglah ke Seksyen 2 untuk mencari kedai makanan. Mencari rojak ayam, tapi belinya sup campur sebab kedai tutup..huhu.. tape esok masih ada...

Sedang aku menunggu makanan aku siap dibungkus, aku perhatikan sekeliling, sungguh aku rasa macam aku nie dah terlampau lama x berjumpa dengan orang luar sampai setiap orang aku perhatikan dengan sepenuh hati.. aduhaiiiii kesiannya diri aku nie. Sebelah meja aku nie ada sepasang kekasih sedang makan dengan sopannya.. mula2 aku respek kat diorang sebab perempuan tu makan guna tangan bukan sudu yang macam AKU selalu makan.. huhu. Dalam kepala otak dok fikir mesti perempuan nie baru bangun tidur dan baru jumpa makanan untuk hari nie, sebab nampak muka dia macam orang yang sangat lapar dan mengantuk..

Adegan romantik berlaku lepas si perempuan siap cuci tangan dan duduk semula.. di mana si lelaki telah menyalakan api mancis dia untuk si perempuan menghisap rokok... oh, hati sungguh terharu melihat keadaan mereka berdua nie.. apa yang nak jadi dengan dunia sekarang? semua perkara dah terbalik aku nampak..

Sekian....
Post a Comment