Thursday, June 06, 2013

Arang

Selesai sudah marathon drama korea yang telah aku lakukan sejak 2 minggu lepas.. Oleh kerana terlalu sibuk dengan aktiviti luar penangguhan terpaksa dilakukan seketika sebab tulah sampai 2 minggu baru nak habis drama 20 episode nie. Demam korea dah kembali dalam hidup aku.. hohoho.. Aku kurang gemar dengan cerita korea yang SWEET sangat. Manis macam gula orang kata, sebab tu semua adalah DONGENG dan tak kan pernah terjadi dalam kehidupan aku! haha.. Aku lebih suka memilih cerita yang berkisarkan kehidupan dan sejarah serta tentang penyiasatan.. Macam nie baru best nak layan...!

Oke... sejak dua menjak balik dari Baling aku asyik dilanda simtom-simtom demam dan selesema dan hingga tadi, kerana sudah tidak mampu menanggung denyutan dikepala akhirnya aku berjaya sampai ke klinik.. Untung ada klinik panel nie.. hehe.. Setelah diperiksa, rupa-rupanya aku mengalami simptom migrain.. Jadi aku tadelah risau sangat sebab migrain dan aku dah lama BERSATU. Doktor suspek pembuluh darah aku tersumbat atau saluran darah menjadi sempit sebab tu aku asyik sakit kepala. Jadi ubat relax otot telah diberikan kepada aku. Katanya mengantuk tapi dari tadi aku rasa segar aje.. :)

Dan aku suspek jugak benda nie terjadi KERANA aku berendam lama sangat dalam kolam air panas ritu.. Tulah, degil orang cakap jangan rendam lebih 15 minit sekarang sendiri tanggung la.. haha :)

Aku dah start bosan menulis kisah aku dalam nie.. tapi kalau bukan kisah aku, kisah sape lagi aku nak tulis? ermm, kang salah jadi lain pulak.. Oke, itu akan aku fikirkan nanti. Ermmm, mata dah makin mengecil dan jari mula menjadi malas.

Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan CINTA

Sekian :)
Post a Comment