Wednesday, June 12, 2013

Kisah itu....

Beberapa hari yang lepas, setelah selesai dengan urusan membaiki motor tu.. aku dengan excited mahu pergi berjimba seorang diri walaupown dalam keadaan tengah hari yang terik. Oleh kerana kedegilan aku masa itu, telah hampir berlaku satu kejadian yang semua orang tak ingin hadapi iaitu kisah RAGUT..

Dalam keadaan sedar dan waras otak aku dengan pantas dapat berfikir kenapa motor aku dihimpit sedangkan jalan tu masih terbentang luas alam? Teringat aku pada kisah seorang office mate aku tempoh hari.. Dengan cepat aku bertindak membawa motor aku masuk highway sebab aku takut diorang tunggu aku kat kawasan sunyi. Alhamdulillah, masa diorang himpit motor aku tu ada lagi sebuah motor yang lalu jadi diorang teruskan perjalanan mereka dalam keadaan yang selow dalam jarak lebih kurang 100 meter dari aku dan menimbulkan kecurigaan dalam hati aku.

Mungkin kerana kasih sayang Allah, aku masih mampu lagi berada dalam keadaan selamat sekarang dan membuatkan aku untuk lebih berhati-hati selepas ini. Kalau tiada kesedaran dalam diri aku masa tu agaknya dah melayang nyawa aku hari nie.. Astgarfirullahalazim.....

Bila aku suarakan kepada Emak, biasalah 1st sekali mestilah aku kena bebel dan kemudian disuruhnya aku beli kereta.. Adoi, terasa putus urat ketawa aku sekejap. Emak, Emak... lap u lah.. hehe :D Emak mana yang tak risaukan anak-anak dia? Nasib suruh aku beli kereta aje, kalau suruh berhenti kerja tak ke naya..hoho

Ok, aku nak promote page kawan sekerja aku nie.. Tetiba aje lepas aku balik cuti tau-tau dah ada belog.. oke, kalau ada masa free silalah melawat belog dia nie sidemoktemok.

Sebelum habis baca layan lagu Hafiz dulu..

Sekian :)


Post a Comment