Wednesday, June 05, 2013

owh Mr DSLR.....

Hello readers...

Sedikit perubahan kepada belog kecintaan aku nie kerana gatal tangan nak mengubah templete akhirnya semua gadjet hilang. hohoho.. tapi tak pe, semua tu boleh settel tapi bukan buat masa terdekat nie.. Segala perubahan haruslah kekal dan tak mungkin berpaling lagi.. hohoho ayat mintak lempang.

Sejak balik dari Baling aku terfikir nak ada satu DSLR sebagai peneman aku diwaktu aku sedang outstation ataupown melancong. Aku rasa macam perkara ini adalah SERIOUS dan boleh bawa ketengah kerana aku dah mula berjinak-jinak dengan kamera semula semenjak hidup asyik dikelilingi oleh kameraman yang hensem-hensem.. hahaha,gatal!

Kerana aku mula nak aktifkan kembali diri aku dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan nie jadi aku harus memiliki DSLR sebijik..hohoho*gelak jahat ala cute* Kenapa x pilih kamera biasa aje Cik Linda? Owh.. semestinya ini adalah satu kehendak dan kehendak saya haruslah dipenuhi oleh diri sendiri, kerana ini adalah ganjaran untuk saya yang dah lama sangat mengidam nak memiliki kamera yang besar gedebak nie dan bendalah ini juga merupakan salah satu wishlist saya sepanjang tahun *selagi x dapat* senyum x perlu kata apa-apa..

Sumpah gila nak termuntah dengan jawapan yang aku tulis tuh, tapi ape aku kisah.. Asalkan aku mampu dan tak memudaratkan hidup aku.. Akan aku teruskan jugak niat untuk memiliki DSLR ini suatu hari nanti... :)

Mak dah mula buat syarahan tentang KERETA.. jadi aku kenalah berjaga-jaga dari sekarang supaya tak bernanah telinga mendengarnya.. Nasib bukan pasal KAHWIN..! mengelak selagi bolehkan, itu mungkin yang TERBAIK.. hehe, sayang emak ketat-ketat...

Hari nie berlaku sedikit kecuaian pada diri aku yang agak careless nie, aku tertinggal telefon kat ofis masa balik kerja petang tadi. Dah beria-ia nak patah balik tapi tak jugak masuk simpang menuju ke ofis, jadi aku teruskan jelah pulang tanpa membawa talifon bersama.. Alah, bukan mati pown kalau tade fon bersama-sama aku. Cuma.... mungkin terlambat bangun ajelah esok pagi.. HUHUhuhu, masak-masak...! huh, si pencuai! kihkihkih.. ROSAK bahasa budak nie!

owh.. Sebelum berakhir entry kali nie, aku nak share gambar-gambar kami bergwiyomi kat sunway piramid beberapa minggu lepas.. since aku baru  dapat gambar nie pagi tadi. Aku x letak pattern untuk setiap gambar sebab aku MALAS nak buat kerja yang melecehkan. Tulis banyak tade guna, layankan jelah oke.. :)

Sekian....








Post a Comment