Saturday, July 20, 2013

Berbicara tentang relationship

Di tengah malam yang agak sunyi di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, hati mula terasa sayu dengan segala hal. Otak mula memikirkan sesuatu untuk dilakukan hari esok. Dalam sibuk membaca belog seorang kawan hati pown terdetik. Siapalah aku untuk menilai seseorang sedangkan aku sendiri pown bukan seorang manusia yang baik budi pekertinya.. Sopan dan santun jauh sekali. Percakapan lagilah, sering kali mengguriskan hati orang mungkin.

Muhasabah diri di saat aku membaca coretan orang lain. Meluahkan isi kandungan kehidupan di dalam belog mungkin ada satu kelebihan dan mungkin juga ada kekurangan. Kelebihannya mungkin boleh dijadikan kenangan suatu hari nanti. Tak ada sesuatu hal tanpa masalah dan tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cara pengurusan masalah itu yang harus dititik beratkan.

Berbicara tentang relationship, bukan senang untuk menguruskan sesuatu hubungan andai tidak ada kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan. Keegoan harus dibuang jauh dari hati supaya tidak akan ada sebarang pertelingkahan. Bersikap give and take itu adalah yang terbaik. Selalu berbincang bila ada sebarang ketidak puasan dalam hati.

Sudah takdirnya begitu, bukan senang nak menjaga sesuatu yang belum nyata menjadi hak sendiri dan bukan senang untuk menunaikan janji yang telah diikrarkan. Ini lumrah manusia mungkin.. Termasuklah diri aku sendiri yang sering lupa pada janji samada secara sengaja dan tidak sengaja. Haaisshhh!

Sekali lagi dapat bebelan dari EMAK.. alasan yang dulu dah tak boleh guna pakai untuk emak lagi. Dah basi katanya. Nie semua gara-gara abang aku tu nak kawen, tengok yang kena tempiasnya adalah aku! Aku bagi limit kat emak lagi 2 tahun. Kalaulah ada. hehehe :)

Mood aku dah kembali oke, setelah dapat mencoret ini. Sambil berwassap dengan kawan lama dan dengar lagu agnes monica. Terima kasih Allah.

Sekian
Post a Comment