Wednesday, July 03, 2013

Sesuatu yang dinamakan....

Sebelum lena malam nie tetiba rasa nak rajinkan diri update belog guna phone nie. Dah lama tak buka belog guna phone. Mari membaca apa yang aku nak sampaikan nie...

Pertama kali nie aku nak update pasal status. Semenjak kebelakangan ini aku dapati ramai dah kawan-kawan aku yang dah berkeluarga dan juga tak kurang yang sedang merancang untuk berkeluarga. Baguslah untuk kamu semua dan tahniah aku ucapkan. Ok, sila jangan tanya aku soalan cepu cemas lagi eh!

Berkaitan dengan status jugak nie, aku nak selingkan sedikit cerita berpicnic di pangsun minggu lepas  bersama rakan sepejabat dan family masing-masing. Sewaktu tengah kemas-kemas sebelum balik aku telefon mak. Maklumlah aku nie bila bercakap dengan mak harus jadi macam orang tengah bercinta cakap telefon. Sampaikan salah seorang dari mereka tegur, amboi.. cakap dengan pakwe la tu.. aku hanya mampu gelak sambil cerita kat emak. Best sangat sebab ada emak yang sangat memahami dan supportive nie. Jadi.. mereka telah pown tersalah anggap dengan panggilan telefon yang aku buat hari tu. Ok biarkan..

Dalam perjalanan balik aku asyik dok dengar orang borak pasal hati dengan perasaan aje. Kisah nak kahwin tapi belum jumpa calon yang sesuai. Yang ada semuanya dianggap kawan-kawan aje. Nasib tak cakap tu semua stock geli-geli aje, kalau tak mau makan penendang aku saat itu jugak! Garang nih... hehehew

Dari situ timbul satu perasaan yang agak pelik dalam hati aku. Dalam jammed tu pown aku boleh rasa cepat sangat masa berlalu. Dah kenapa entah dengan aku saat tu.. aku sendiri pown keliru sampai sekarang.. parah macam nie.

Setelah dianalisakan segalanya, satu jawapan yang aku dapat untuk diri aku sendiri semua nie hanya permainan perasaan. Maklumlah aku nie kan manusia yang amatlah kuat berangan. Hehehe...

Jadi status aku buat masa sekarang nie adalah bujang. Jawapan yang aku sentiasa dapat bila menanyakan soalan status sesuatu perkara. Mungkin soalan aku tak sampai menyebabkan jawapan yang aku terima menjadi bahan ketawa satu department.

Sekian...

Post a Comment