Tuesday, August 20, 2013

Tegar

Ingatkan nak berehat seketika dari dunia berbelog ni.. rupanya hanya seketika. Bila internet kat hujung jari mestilah semuanya nak aku tulis. Kali nie aku nak share kisah seorang budak gelandangan kat Indonesia yang sekarang nie dah jadi femes dengan lagu "aku yang dulu bukanlah yang sekarang". Nie semua adik aku punya pasal! hahaha

Aku mula kenal dengan lagu nie baru beberapa jam yang lepas dan rasa macam nak sangat tahu kisah budak nie. Ape susah google kan ada.. tapi aku tak google pown aku hanya cari kat youtube. Rupanya berlambak dah video budak Tegar nie kat youtube.. Apakah aku yang kurang ambil tahu hal sebegini sehingga membuatkan aku lambat tahu cerita ini? Dah basi tau tak!! :D

Memang agak terlambat untuk aku warwarkan kisah budak nie. Aku sangat terharu dengan kisah hidup Tegar nie. Bukan semua orang sentiasa dapat peluang dan bukan semua orang yang akan menghargai peluang. Mudah-mudahan budak nie dapat membantu keluarga dia dan dapat jadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya suatu hari nanti.

aku yang dulu bukanlah yang sekarang

pantaskah aku disyurga

rindu ibu
lagu yang berjaya buat aku terharu dan teringatkan emak. huhu :(

Tujuan aku share video nie bukanlah kerana aku nak nyatakan yang aku nie memang penyokong music dari indonesia malah bukanlah seorang pengkondem music tanpa asal usul. Aku hanya kongsi apa yang aku rasa patut aku kongsi. Tujuan utama aku kerana aku nak share kisah nie dengan semua orang adalah untuk menyedarkan kita semua untuk bersyukur dengan limpahan kesenangan dan keamanan yang kita nikmati hari ini.

Mudah-mudahan kisah hidup Tegar dapat menjadi satu inspirasi untuk kita semua untuk memajukan diri. Jangan hanya tahu mengeluh dan mengeluh. Tanpa usaha mimpi takkan pernah jadi kenyataan.

Dalam sibuk lagi dengan mood raya jangan lupa pada yang tiada.. Pray For Egypt.

Sekian :)
Post a Comment