Monday, August 19, 2013

Tiada kata yang mampu aku ucapkan selain kata TAHNIAH untuk seorang kawan yang selama ini kadang-kadang ada dan kadang-kadang hilang dalam hidup aku. Banyak menyokong jatuh bangun aku dan banyak memberi dorongan untuk aku melihat kehadapan bukan kebelakang. Mungkin sudah tidak lama lagi akan merasa nasi minyak dia, MUNGKIN. Pilihan keluarga atau sendiri bukanlah satu alasan untuk tidak hidup bahagiakan?

Gila nervous aku taip entry nie.. siap seram sejuk kaki dah macam orang kena demam sampuk aje. hehehe.. Sesungguhnya ini yang amat aku harapkan semenjak dulu biarkan kawan aku tu menemui apa yang dia nak dan cari dalam hidup. Aku sebagai seorang kawan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kamu. Yang paling tak tahan nie, sambil tunggu bus siap berangan yang raya tahun depan kami akan terserempak dan kawan aku nie bersama pasangannya sedang mencari persiapan raya. Hehehe... mood raya tak habis-habis aku ni.

Mudah-mudahan kali nie jadilah hendaknya.. Memang aku nak sangat kawan aku nie kawen cepat-cepat dan hidup bahagia bersama insan yang dia pilih. Jujur nak mengaku yang aku akan sentiasa mendoakan jodoh kawan aku nie dipercepatkan setiap kali bila perasaan rindu muncul. Mendoakan dia supaya dipertemukan dengan orang yang baik-baik. Terharu tak??? hahaha... Sentiasa mendoakan agar kawan aku nie jumpa orang yang boleh memahami diri dia dan boleh menjadi bukan setakat kekasih, malah sebagai sahabat dan telinga untuk mendengar segala celoteh dan bebelan beliau. Pesan aku macam selalu, belajar terima kekurangan orang dulu baru terima kelebihan tau! kalau tak jadi jugak kali nie aku cari kau sampai jumpa untuk kasi penyekeh yang dah lama aku peram nih.. Aku pulak yang super excited kali nie... :D

Pilihlah seribu sebab untuk senyum dari satu sebab untuk bersedih.. Sesungguhnya Allah merancang dengan CINTA manusia merancang dengan cita-cita. :)

Sekian...

Post a Comment