Thursday, September 05, 2013

Planner

Sekarang nie dah masuk suku terakhir dalam tahun 2013 nie.. Setakat nie, masih ada yang belum tertunai untuk azam tahun 2013. Tak apa, masih ada 3 bulan lagi untuk aku laksanakan segalanya. Tak perlu terburu-buru oke.

Baru-baru nie aku ada jumpa satu warna yang aku rasakan sesuai sangat untuk dijadikan tema wedding aku nanti. Pernahkan aku cerita pasal My dream Wedding cerita dimana aku tak nak ada warna-warna feberet aku dan warna-warna bukan kegemaran aku dalam majlis tu. Kali nie, aku termungkir janji dengan diri sendiri dimana aku telah memilih warna Grey Purple sebagai warna utama dalam majlis aku nanti. Tengok... warna purple dah memang tak boleh nak berpisah dengan aku. huhu. Aku decide untuk majlis akad nikah warna cream sebab baju untuk nikah aku dah ada. So tak payah nak buat dah. Boleh berjimat kat situ. Hehehe.. Bab jimat aku memang suka okeh! :)

Cerita bab baju nie aku ada survey kat Double Peplum dah berkenan dah warna purple grey tu. Baju sanding mungkin aku akan beli kain dan mintak Emak jahitkan. Maklumlah Emak kan fesyen designer aku. Hehehe.. Tapi kalau rasa agak tak sempat nak beli kain jahit aku mungkin beli yang dah siap. Mungkin... :)

Bab hantaran, pelamin, gift door dan sebagainya aku serahkan pada yang pakarlah.. yang lebih berpengetahuan dalam segala hal nie sudah semestinya Emak. :D Aku tak kisah sangat pasal pelamin dan tema sebenarnya yang penting sekali adalah Akad yang sah.

Aku hanya mampu merancang dan mungkin perancangan aku nie penuh dengan cita-cita. Allah pun merancang dan perancangan Dia penuh dengan CINTA :)

Sekian...
Post a Comment