Friday, October 25, 2013

Cerita siku

Selamat berhari minggu dan semoga keadaan anda semua sihat walafiat hendaknya. Maaf ayat agak skeme kerana cuba untuk menaip entri dalam keadaan mood orang dewasa. :-D

Nak berkongsi cerita pasal kisah buat stunt dalam toilet rumah mak long aku pada hari raya haji ritu. Melampau sangat akibatnya. Hrrrmmm

Kisah jatuh tu x nak la cerita kerana agak memalukan. Nak cerita kisah siku aje. Tapi akan ada selingan jugak dengan kisah-kisah lain. Maklumlah... aku nie manusia merapu tahap kritikal.

Sehari lepas kejadian aku kembali bekerja seperti biasa tapi aku dah start x boleh nak bawak motor sebab tangan kiri aku dah x boleh nak dibetulkan. Jadi aku terpaksa membiarkan adik aku bawak motor. Pergi klinik pon diorang hanya bagi aku ubat surut bengkak dan tahan sakit. Makan ubat, tapi sakit masih lagi terasa dan lepas seminggu aku kembali ke klinik untuk buat x-ray sebab sakit x hilang dan tangan aku makin membengkak.

Lepas dapat refer letter dari klinik aku pergi ke hospital buat x-ray. Result x-ray tunjuk tade apa-apa retak pada siku aku. Tapi siku aku terasa ngilu bila dibetulkan. Diorang bagi aku MC 3 hari untuk berehat katanya. Memandangkan hari dapat MC dah hari selasa maka aku apply 1 hari cuti untuk jumaat sebab aku nak balik kampung.

Sebelum aku dapat refer letter dari klinik aku dah pun pergi ke hospital untuk buat x-ray tapi memandangkan hari minggu diorang nak cas double dan kosnya hampir ke rm300 jadi aku tangguhkan aje.

Aku ke rumah mak long sekali lagi untuk diurut. Sebab mulanya ingat terseliuh. Tapi makin diurut makin sakit. Sekarang aku sedang dirawat dengan ubat yang dibuat oleh emak aku sendiri. Semalam keadaan siku aku nie dah oke bengkak pon dah hilang. Siku pon dah boleh betulkan tapi lepas aje makan nasi kerabu terus dia sakit balik dan bengkak. Nak bengkokkan tangan pon terasa sakit. Adehhh...

Mak pesan buat masa sekarang aku kena berpantang makan sehingga tangan aku nie betul-betul sembuh. Sampai bila aku kurang pasti sebab tade tanda pon lagi sakit nie nak baik. Kalau x boleh nak mengangkat benda guna tangan kiri pon tape la janji sakit ini hilang dan aku boleh betulkan kembali tangan aku nie. Rindu nak menggunakan khidmat tangan kiri nie.. :-(

Memandangkan bulan oktober nie aku banyak cuti maka lepas nie aku akan perform sebaik mungkin sebab nak ganti balik kerja yang dah aku tinggalkan.

Sekian

Post a Comment