Saturday, November 16, 2013

Be Careful With My Heart

Happy weekend untuk anda.. semenjak dua menjak nie aku super busy dan sering aje lupa nak berbelog. Dan aku agak kurang suka membaca sekarang. Nak pandai tapi membacanya malas. Macam mana nak maju! Merepek lagi...

Nak berkongsi sedikit tentang minat aku nie. Minat marathon cerita dikala hujung minggu. Salah satu cerita yang menjadi kegemaran aku sekarang adalah cerita filipina yang agak best untuk dilayan. Tajuk drama sama dengan tajuk entri kali nie. Malas nak taip benda yang sama. Sifat-sifat orang tak nak berjaya memang macam nih ya semua. Mohon jangan tiru sifat ini.

Panjang lebar buat penerangan rupanya baru masuk tajuk drama aje. Belum masuk pasal ulasan ceritanya.

Okay, sebelum tu nak buat lencongan sikit. Kalau sekarang dunia sedang sibuk mabuk melayan Kpop even orang filipina pun layan Kpop okeh! Aku sibuk pulak dok melayan drama filipina nih. Best pulak kisahnya.

Mula terjebak dengan drama nie semasa aku cuti sakit siku tempoh hari. Memandang sakit aku terpaksa la duduk rumah dan bertemankan tv sahaja kat kampung. Untuk pengetahuan anda, drama nie ditayangkan kat tv3 pukul 3 petang setiap hari isnin hingga khamis. Juga boleh ditonton live atau ulangan kat www.tonton.com.my

Kenapa mesti aku mention panjang-panjang kat mana nak layan drama nie? Jawapanya sebab aku nak berkongsi tentang keterujaan aku terhadap drama nie. Sampai siap kecewa bagai bila balik rumah lepas waktu kerja bila mana mereka belum update latest of the latest episod kat tonton. Inilah nasib orang kerja, nasib tonton banyak membantu. Hehehehe.

Terpanjang pulak iklan kisah tonton nih. Cerita asalnya nak bagitahu pasal kisah nie aje tapi lain pulak jadinya. Ishhkkk ... ishhhhkkk

Masuk kepada cerita asal, drama nie mengisahkan tentang keluarga Lim yang kehilangan isterinya dalam nahas kapal terbang. Anak mereka yg bernama Abby jadi trauma sampai tak nak bercakap dengan sesiapa means acting macam orang bisu sebab dia takut. Dalam cerita nie aku suka watak Maya yang sangat mementingkan keluarga dan dia mampu sorokkan kesedihan dia dengan cara buat orang lain gembira. Sedikit lalai dan jugak selalu buat sesuatu tanpa diduga.

Aku tak reti nak buat sinopsis drama nie sebab ceritanya baru 20 episod tayang kat tv3 tu. Aku cuma mampu buat ulasan mengenai watak ajelah. Watak yang aku pilih untuk aku ulas adalah watak Maya. Dilain entri akan aku ulas lagi pasal watak lain. Kalau rajinlah.

Tulis panjang-panjang hanya nak cerita secoet aje. Apa yang membuatkan aku nak sangat tengok drama nie adalah kerana drama nie kelakar. Okey itu aje. Hehehehe... cerita lanjut korang kenalah lyan sendiri okeh. Selamat menonton :)

Sekian....

Post a Comment