Saturday, June 07, 2014

Buatan sendiri

Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, bila aku kurang sihat tekak aku akan merasa nak makan macam-macam. Lebih kurang kes orang mengandung mengidam nak makanan yang spesifik. Kalau cakap nak makan kat sesuatu tempat tu, kalau tetiba beralih makan kat tempat lain mesti aku rasa tak puas dan akan terus rasa nak makan seperti yang aku idamkan. Masalah psikologi mungkin aku sekarang ni.

Semenjak sihat dari demam beberapa hari lepas, tekak asyik terasa nak makan roti jala. Sebenarnya rasa nak makan roti jala dari masa aku balik kampung bulan lepas lagi. Buat list makanan yang aku nak makan kat emak yang lin semua dapat cuma roti jala tidak diendahkan sebab emak cakap roti jala kena letak telur. Oleh kerana aku agak elegi dengan telur yang dimasukkan ke dalam kuih muih jadi emak tak tunaikan dengan alasan aku tak makan nanti.

Jadi alternatif lain, aku cuba untuk beli tapi belum berjaya. Tempoh hari, di pejabat ada roti jala dengan kari ayam. Oleh kerana baru sahaja makan tengah hari dan masih kenyang maka aku lupakanlah dulu niat nak makan. Bila terasa nak makan tengok dah habis... Huhuhuhu T_T sedih.

Semalam, bila bertalifon dengan emak aku terus minta resepi. Tiba-tiba rasa nak makan makanan buatan air tangan sendiri. Emak masih tekankan isu telur yang kena masukkan dalam adunan roti jala tu. Kalau ikutkan aku tak nak letak telur, tapi nanti keras pulak adunan. Pakej sekali dengan resepi kari sardin emak kasi.

Maka dengan penuh semangat aku bangun pagi dan bancuh adunan dan menebar roti jala guna acuan. Pertama kali buat rasa macam seronok dan sangat senang sebenarnya. Dan alhamdulillah menjadi roti jala aku. Cuma..... Kari sardin kurang menjadi sebab terlebih masam. Hingga hilng rasa kari dan sardin. T_T

Untuk resepi roti jala korang boleh gigihkan diri google search oke. Kerana aku kurang gigih untuk menaip panjang-panjang resepi. Zaman sekarang sangat senang, semua berada dihujung jari. Cuma tinggal nak petik dan rajinkan diri aje. Untuk gambar roti jala buatan aku, boleh tengok kat instagram oke. Terima kasih sudi baca

Sekian :)

Post a Comment