Tuesday, June 09, 2015

Pengalaman Baby Sitter

Ini cerita hujung minggu hari tu, dimana aku telah mengikut seorang kawan pulang ke kampung halamannya dengan membawa seorang anak buah yang sangat comel. Berusia 3 tahun lebih kurang dan mempunyai susuk badan yang agak gempal.

Pada awalnya apabila kawan aku menyatakan kalau nak balik kampung emak suruh bawak Adam sekali. Aku dah mula kaget dan ter krik..krik..krikk seketika. Kerana, aku tak biasa untuk mengasuh budak kecik apatah lagi budak kecik selalunya memang akan tak suka aku pada awal perkenalan. Tapi, alhamdulillah permulaan yang sangat baik sebab Adam sangat sporting sebab dia mula senyum waktu aku mula-mula nampak dia. Dan kawan aku pesan, jangan tegur sangat sebab takut nanti dia nangis. Maklumlah kitorang balik berdua dan dengan Adam bukan dengan emak dan ayah Adam sekali.

Walaupun perjalanan ke Perak hanyalah mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 jam, tapi aku merasakan agak jauh sebab inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumah kawan aku di Langkap. Kembali kepada cerita Adam dum dam yang comel itu. Pada sejam pertama dia elok je menyusu dan main-main dengan aku. Kejap nak duduk seat belakang, kejap nak duduk seat depan. Pastu bosan mula pusing nak pergi belakang. Kawan aku dah risau sebab dia tahu anak buah dia akan mula mengumbah sebab bosan. Bagi aku, biasalah budak tengah nak membesar. Kalau dia tak macam tu, tak normal lah agaknya Adam tu. hehehehe...

Sejam berlalu dan Adam mula bosan. Dia dah mula merengek. Aku ni jenis yang cepat panik bila dengar budak nangis. Bukan apa, aku tak tahu peel si Adam ni macam mana kalau dia nangis. Aku selalu jumpa budak kalau nangis dah macam raksaksa je. Nasiblah Adam ni baik sikit dari raksaksa. Dia cuma akan tolak korang kalau dia tak nak dan dia akan merengek je. Kalau ada susu, sumbat je susu dalam mulut dia, pastu dia akan tidur dengan sendirinya. Kalau susu tak ada, kau bagilah dia main talifon aku memang jamin yang dia akan diam. Semua tu terbukti dengan jayanya masa perjalanan balik dari Perak ke Shah Alam.

Aku baringkan Adam kat seat belakang. Untunglah kereta dipenuhi bantal maka tak risau budak tu nak tidur berlapik apa. Habis susu sebotol Adam terus lena dan aku pun lega hati sebab tak ada adegan raksaksa.

Lebih kurang setengah jam Adam lena, dia bangun dan mula merengek sekali lagi. Aku pun dengan selamba tanya kawan aku, jauh lagi ke rumah? Dengan alasan kesian kat Adam ni dah bosan dalam kereta. Padahal aku masih takut Adam akan berubah menjadi raksaksa. Masa tu Adam dah ada kat riba aku. Maklumlah, aku memang tak ada pengalaman langsung dalam menjadi pengasuh. Terutama sekali dalam menjaga anak buah orang.

Selepas 2 jam, akhirnya kami sampai di destinasi iaitu rumah Opah Adam... Hati lega tahap kritikal kot masa tu. Umpama terlepas satu masalah yang besar. Sesampai sahaja, Adam terus disambut oleh Opah, pakcik dan makcik-makcik dia. Aku, duduk tepi dinding nangis guling-guling sebab tak dipedulikan. Hahahahaha... Drama sangat pergi rumah orang! Aku berlakon sopanlah apa lagi. Masya-Allah teruk sungguh, tak ikhlas.

Semalaman berada di sana, Adam tak bermacam perangai. Dia hanya merengek bila dia nak tidur. Bagi susu dan masuk buai terus lena. Tapi satu je masalah si Adam dum dam ni, dia tidur tak lebih dari sejam. Cepat sangat terjaganya. Nasiblah dah sampai rumah opah dia bukan aku yang kena jadi baby sitter dia. Yang part paling aku tak sanggup nak buat adalah membasuh beyak dia. Tapi adegan ni terjadi bila kami dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. haissshhh... Memalukan!

Masa untuk pulang ke Shah Alam, sebab kami berdua kena kerja pada hari isnin. Jadi aku deal dengan kawan aku. Aku bawak kereta dan dia jaga Adam. Hehehehe.. sebenarnya nak mengelak dari terjadinya kes raksaksa. Kawan aku ni macam paham pulak. Takut Adam nangis maka kami lengah-lengahkan masa. Bagi dia rasa selesa dan nak balik baru kami mula bawak dia masuk kereta. Nasib sangat baik sebab Adam sangat bijak. Dia macam tau kami nak balik bawak dia jumpa emak dan ayah dia. Seronok bukan main. Aku tak jadi drive dan terus duduk sebelah pegang Adam. Bagi susu dan baringkan dia kat riba. Mata pun lali tapi tak lena sebab jalan banyak lubang dan Adam ni jenis cepat terjaga.

Rasa bertuah sebab diberi peluang untuk berkenalan dengan Adam walaupun sekejap. Tetiba pasang angan dalam kepala, nanti nak ada anak yang comel dan bijak macam Adam ni. Berangan sorang-sorang. Dalam berangan-angan tu, Adam dah mula merengek nak tidur. Susu dah habis dia sedut waktu awal-awal naik kereta tadi. Aku dah mula gelabah. Minta dia pergi baring kat seat belakang. Aku dah nampak muka dia bad mood sebelum dia mula merengek terus aku lompat ke belakang kendong dia atas riba sebab nak tidurkan dia. Lama-lama macam ni mau aku yang pengsan sebab Adam tersangatlah berat. Lebih muatan budak ni! Huhuhuhu....

Aku ambik inisiatif untuk baringkan Adam atas kusyen dan duduk sebelah dia. Mungkinlah dia akan tidur bila aku tepuk-tepuk dia. Rupanya aku yang melayan lena. Adam makin kuat merengek. Aku tepuk lagi bahu dia sampai dia tepis. Aku main kening dan rambut pun dah kena tepis. Aku pegang telinga dia pejam kejap sambil menangis pejam mata dan kerut kening. Tapi tak sampai 5 minit dia mula nak jadi raksaksa, kawan aku mula hulurkan telefon dia untuk bagi Adam main untuk mengelakkan dia menangis. Memang seperti yang aku cakap awal tadi, Adam terus diam dan kusyuk bermain talifon. Huishhh... lega.

Dalam aku lega dan melayan lena tiba-tiba aku terhidu sesuatu yang agak busuk. Aku suspek Adam dah beyak sebab tulah dia merengek. Aku bagitau kepada kawan aku dan dua-dua terus gelabah sebab masing-masing nak mengelak untuk cebok Adam. Dalam keadaan yang agak jammed dan yang lagi tragis, pampers Adam dah tak ada yang spare. Memang teruslah menggelabah dua-dua mencari RnR dengan harapan adalah jual pampers.

Kami bawak Adam ke toilet untuk bersihkan dia. Sebelum tu ada adegan main osom sebab taknak cebokkan Adam. Haisshhh... waktu tu aku rasa, aku memang langsung tak layak nak punya anak sendiri. Kami bawa Adam ke toilet dan check pampers Adam, pampers Adam memang basah dari awal lagi cuma... dia tak beyak pun. Hehehehe... mula kena marah. Aku manalah tau, bukan ada pengalaman. Bau semacam teruslah cakap beyak.

Perjalanan diteruskan dengan muka bedua masam mencuka sebab dah bergaduh kecik. Sebelum tu, kami belikan Adam air milo gantikan susu dia yang dah habis tu. Sesudah habis sedut air dan main game, Adam terus tidur atas badan aku. Nasiblah kerusi tu jenis yang boleh laraskan ikut suka hati tak adalah sakit badan dan tengkuk aku menahan badan Adam yang gempal tu. Selepas beberapa minit Adam lena aku pun turut sama lena. Terjaga sekejap-sekejap sebab Adam tidur macam dalam keadaan mengigau. Aku tidur sepanjang perjalanan sehingga sampai ke Shah Alam. Dah malas nak cakap banyak baik aku tidur. Dari bercakap dengan orang yang dah macam tunggul. Fokus sangatlah konon bawak kereta. Hehehehehe....

Sungguh indah rasanya bila ada anak sendirikan? Aku dapat rasakan perasaan tu sekejap masa aku kena jaga dan layan Adam. Aku kena berusaha untuk faham apa yang dia nak. Sebab budak dia manalah tahu nak cakap dan bercerita dengan kita macam orang dah dewasa. Dalam takut-takut tu sebenarnya ada seronoknya juga. Tak semua budak boleh jadi raksaksa saat diorang mula merengek. Ok, aku cuba lagi untuk faham budak-budak sebab tak lama nanti aku akan ada anak buah sendiri. hehehehehe... Insha-Allah.

Adam DumDam yang menjadi kerinduan acik :D
Terima kasih sudi baca, sekian. :D

Post a Comment