Wednesday, May 25, 2016

De'Xandra Perfume

Assalamualaikum....

Entri kali ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum bahawasanya aku sekarang adalah salah seorang dropship agen untuk De'Xandra Perfume. Minyak wangi yang semakin meletup dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua golongan dapat bauan minyak wangi yang mahal dan yang paling penting adalah minyak wangi ini sah untuk solat.

Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil telah memaksa aku untuk ambil langkah berniaga secara on-line. Sebenarnya tak adalah memaksa sangat pun. Aku lakukan ini sebagai aktiviti dimasa lapang. Dari aku sibuk menghabiskan masa tak tentu hala apa salahnya aku cuba nasib dengan menjual minyak wangi secara kecil-kecilan. Aku cuba jadikan berniaga ini sebagai salah satu hobi aku. Aku cuba mengikut pepatah "kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya". Hahahaha

Aku memang tak ada langsung pengalaman dalam bab marketing. Jadi aku pun banyak copypaste ayat dari sifu-sifu. Ayat yang aku buat selalunya memang tak menarik perhatian. Hahaha... Aku syok sendiri je selalunya. Tapi apa yang aku tulis itu adalah sesuatu yang memang dari hati aku sendiri.

Tak nak panjang lebar bercerita tentang diri aku, mari aku perkenalkan satu persatu jenis minyak wangi yang ada. Untuk pengetahuan semua, perfume ini adalah inspired dari perfume original dan baunya memang sebiji original dan memang sangat tahan lama. Walaupun dah seharian bau minyak wangi tu masih ada. Sangat tak rugi kalau korang cuba.

De'Xandra perfume ada 2 jenis botol. Yang kecil 3ML dan yang besar 35ML. Harga untuk 3ml RM 15.00 dan botol 35ml adalah RM 65.00 sahaja. Harga ini tak termasuk harga cas penghantaran. Harga special untuk korang kalau beli 2 botol dan lebih perfume 35ml dapat harga RM60.00 untuk sebotol. Jadi bolehlah korang join postage bersama kawan-kawan satu ofis ke satu rumah ke satu kelas ke.Dah boleh jimat duit postage. Selain itu, aku ada buat COD area Shah Alam. Tapi maklumlah kalau COD ni kena ambik masa sedikit. Kalau korang memang nak cepat dan senang aku cadangkan pos sahaja.



Banyak pilihan yang ada untuk lelaki dan juga untuk perempuan. Kalau nak beli couple set pun boleh. Harga macam yang aku bagitahu tadi lah. RM60.00 sebotol kalau beli 2 botol dan lebih. Aku sebenarnya memang tak pandai nak mengayat orang dengan kata-kata manis bak gula-gula untuk membeli barang aku. Aku rekemenkan bau yang memang hot selling dan juga ada bau-bauan yang memang aku sendiri rasa jatuh cinta... Sangat sesuai kalau nak jadikan hadiah hantaran bagi mereka yang nak melangsungkan pertunangan atau perkahwinan.

Untuk lelaki, selain hot seller ni ada juga list yang lain. Korang boleh rujuk gambar yang aku tepek ni


Untuk perempuan pun ada, jangan risau. Boleh rujuk gambar-gambar dibawah ni.













Jadi, apa korang tunggu lagi. Cepat-cepat pergi serbu page Ungu Shoppe untuk keterangan lebih lanjut dan jangan lupa like ramai-ramai tau.. atau boleh terus whatsapp +6010-7984327 untuk pertanyaan atau order.

Akhir kata dari aku..


Sekian.. :)









Post a Comment