Thursday, April 12, 2018

Hat Yai trip hujung minggu -ENTRI PERAM-

Sudah beberapa kali aku cuba untuk menulis entri tentang percutian aku ke negara jiran iaitu Thailand. Bila menaip idea aku terus hilang macam angin lalu. Mungkin kerana gejala kurang tidur dan rehat menyebabkan otak aku lambat untuk bertindak.

Ok, cukup mukadimah penulisan aku. Kita masuk cerita tentang percutian ke Hat Yai, Thailand. Percutian yang dirancang lain yang jadinya lain. Kenapa? Kat bawah aku terangkan satu per satu

Idea untuk ke Hat Yai terjadi kerana aku nak merealisasikan hajat GFF aku untuk travel dengan keretapi sebelum dia berkahwin. Aku gigihkan diri untuk mencari itenary dan bajet utuk ke sana. Memang dah lama aku berhenti jadi seorang perancang. Dalam dok merancang berdua tu aku teringat akan rakan serumah aku yang memang pernah aku dan dia juga merancang untuk ke mengembara dengan keretapi.

Aku punya keterujaan dah tak boleh nak cakap tahap apa dah. Memang sangat-sangat teruja terutama sekali bila aku yang  buat semua. Bukan sebab tak harap orang lain buat cuma lagi senang aku yang buat sendiri. Memandangkan percutian ini adalah idea gila aku. Jadi... Jom kita tengok itenary yang sangat ringkas dari aku

Pengembaraan backpackers bermula

P/S : entri HATYAI round pertama baru nak up, bulan depan aku akan kesana lagi sekali. Pakai itenary yang sama cuma hotel je berubah.   

17/11/17 (KL Sentral - Padang Besar)

Dalam banyak-banyak pengangkutan kat Malaysia ni kami memilih untuk merasai pengalaman menaiki kereta api express ETS untuk ke Padang Besar. Harga tiket dan jadual perjalanan boleh tengok kat website http://www.ktmb.com.my/ktmb_ui/ 

Waktu perjalanan yang kami pilih adalah ETS yang paling terakhir iaitu pukul 11.22 malam dari Stesyen Sentral Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Padang Besar. Sebabkan perjalanan kali ni melibatkan budak-budak jadi kami semua bergerak awal untuk ke KL Sentral bagi mengelakkan sebarang kekalutan disaat akhir. 

                                    

Sementara menunggu ETS kami sampai kami ni duduklah melepak ditengah-tengah stesyen tu. Dan tiba-tiba mata aku ternampak seseorang yang aku kenali. Hehehe... Encik Harzizi. Boss admin kat tempat kerja lama aku. Tak sangka dan duga terserempak dengan dia. Katanya baru balik dari Tanjung Malim atas urusan kerja. Ape lagi berswafoto lah sekeping dua untuk aku letakkan kat dalam blog ni. 


Perancangan awal hanyalah 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Bilangan ahli makin bertambah bila kawan serumah aku secara tak sengaja bercerita kepada kawan dia iaitu jiran rumah lama kami. Terus dia pun gigih nak berjalan-jalan makan angin bersama kami. Jadi jumlah keseluruhan adalah 4 dewasa dan 3 kanak-kanak.




Pintu perlepasan dibuka sekitar 20 minit sebelum waktu pelepasan. ETS kami lambat sampai waktu ni mungkin sebab cuaca masa tu hujan. Sebelum naik ETS tu acah-acahlah nak pegi backpackers padahal bawak beg roda. Hahaha. 


Kami semua masuk coach E sebab pada mulanya nak coach lain tapi tempat duduk terhad dan semua nak duduk sekali jadi kami pilih coach E iaitu coach yang paling akhir dan paling dekat dengan pintu masuk.
Perjalanan selama 5 jam pun bermula. Malam tak ada apa yang menarik selain tidur. Aku sangkakan naik ETS macam naik bas lampu akan dipadamkan bila dah berlepas. Sangkaan ku meleset dan tidur aku pun tak berapa nak nyenyak sebab tak biasa tidur dalam suasana cerah.


Yeahhh.... muka rabak masing-masing tak cukup tidur. Menunggu imigresen Malaysia dan Thailand beroperasi. Berjanggut jugaklah menunggu





Train bergerak ke Hatyai pukul 9.55 waktu Malaysia dan sampai di Hatyai pukul 9.55 waktu Thailand. Kat Thailand kau akan rasa masa tu terbalik kebelakang sebab beza waktu Thailand dengan Malaysia adalah 1 jam lewat.


Pemandu Tuk Tuk bawa kami ke area shopping dan bazar. Aku tak pasti bazar apa. Masa kami tiba kat sana kedai dah banyak nak tutup sebab perniagaan sampai pukul 4 petang sahaja. Selepas itu ada pasar malam area sekitar pasar tu. Kami ni degil, siap bergaduh-gaduh dengan pemandu Tuk Tuk tu cakap kami nak stay sampai pukul 6 situ konon berjalan. Ambik kau, terimalah padahnya. Menunggu hampir 2 jam untuk Tuk Tuk ambik kami bawak ke destinasi seterusnya.



Seperti orang-orang lain, tujuan utama kami adalah untuk makan. Waktu petang sebelum Maghrib tu kami bergerak ke Floating Market dan beli sedikit makanan. Sebab selera kami masa ni macam tak ada sangat. Mungkin sebab kami kepenatan tunggu Tuk Tuk yang hampir 2 jam tu.







Dari Floating Market, kami ke Asean Night Market. Target nak juga dapatkan pulut mangga. tapi hampa. Ghupenya kat sini barang lagi murah dan banyak pilihan. makanan tak banyak sangat aku rasa tapi masih meriah. Makanan Thai yang aku makan kat Hatyai aku rasa memang langsung tak sama dengan makanan yang aku beli kat Thai Food Festival kat Malaysia ni. Serius tak sama langsung rasanya. Korang patut cuba sendiri untuk ke sana dan makan

Sebab dah kepenatan, kami tapau semua makanan dan bawa balik makan di bilik hotel. 



17/11/17 (Hatyai - Padang Besar - KL Sentral)

Pagi-pagi kami bangun dan bersiap untuk check out dan pergi sarapan sebelum naik van balik ke Padang Besar. Disebabkan ETS kami pukul 3 petang (waktu Malaysia) kami tak sempat nak ambik classic train dari Hatyai ke Padang Besar. Terpaksa kami semua sewa 1 van putih untuk angkut kami pulang.




Roti Pisang gerai area Train Station. Aku tau orang Thailand ni manis-manis sebab tu diorang suka letak benda manis pada makanan. Contohnya roti pisang ni. Tapi sedap!



Jumlah perbelanjaan kami untuk trip 2 hari 1 malam ke Hatyai tak sampai RM500. Aku tukar duit banyak sebab aku ingatkan naklah membeli belah. Akhirnya aku bayar duit van dan juga duit maggi thai yang diorang beli.

Tips Hatyai. Aku nasihatkan untuk hijabster yang nak ke sana dan bermalam lebih baik korang bawak seterika bersama-sama. Sebab hotel dekat Hatyai memang tak sediakan iron untuk tetamu melainkan korang kena hantar pergi bilik laundry dan bayar servis untuk diorang seterika baju atau tudung korang. Jadi bertabahlah untuk jadi backpackers hijabsterssss sekelian ye.

Sekian.