Wednesday, February 11, 2015

Chapter of Life

Aku selalu menulis tajuk dalam bahasa Mat Saleh ni, tapi isinya memang akan menjadi bahasa melayu. hehehe... Dah nama pun perempuan melayu yang memang bukan terakhir. Ciri-ciri kemelayuan itu harus diterapkan dan dikekalkan selama-lamanya. EH, apa aku merepek ni.. Idea menulis agak kurang sekarang. Otak kurang aktif sebab banyak kerja untuk dilakukan. Banyakkkkk lah sangat!

Pernah tak korang perasan, dalam hidup ini sebenarnya ada bab *translation from chapter*. Ala, contoh macam baca novel melayu, mesti ada BAB 1.. dan seterusnya sampai habis. Ok, kalau korang perasan lah kan. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang terjadi dalam hidup. Contohnya, kau akan jumpa orang yang bermacam perangai dan ragam. *Nampaknya entri kali ini aku kena selitkan banyak CONTOHNYA....*

Ada suatu masa, korang rasa dulu tak pernah terfikir untuk jadi berani. Contohnya lagi, takut untuk berjumpa doktor gigi sebab gigi depan aja cantik menawan, belakang semuanya berlubang-lubang. Sanggup tahan sakit sampai tidur tak lena, makan pun tak kenyang kan? Sampai satu tahap korang rasa perlu ubah pendirian untuk berani jumpa doktor gigi dan buang gigi yang rosak tu. Sanggup tahan sakit sekali dari menderita seumur hidup akibat gigi rosak.

Cuba kaitkan kisah hidup dan pelajaran yang korang dapat sebenarnya. Setiap orang yang kita jumpa, setiap perkara yang berlaku dalam hidup semua tu adalah sebahagian dari pelajaran dan proses untuk menjadikan kita semua sebagai manusia yang hebat.

Pepatah Inggeris pernah menyatakan "Every person you met is a teacher. Every situation you faced are learning process" kalau aku tak salahla.

Cuba ambik dari sudut positif setiap perkara yang berlaku dalam hidup. Tak kan la kau rasa hanya semua perkara buruk yang terjadi tak pernah pun rasa perkara yang baik muncul dalam diri dan hidup kau. Mungkin juga kau lupa untuk bersyukur, jadi semuanya kau rasa perkara adalah tidak baik buat diri kau! Mungkin....

Cuba bayangkan, betapa seronoknya memandu di jalan raya tanpa ada sebuah pun kereta yang melintas dihadapan kita. Tiada kesesakan lalu lintas, semua trafik lancar. Mungkin sebulan dua kau rasa seronoknya... masuk bulan ketiga kau rasa? Kenapa semuanya terlalu senang bagi aku? Kalau perjalanan trafik sesak sekali sekala pasti lagi mencabar perjalanankan? Semua itu adalah pengalaman. Pengalaman yang mungkin tak ternilai harganya... Mungkin..

Perkara yang paling seronok dalam hidup adalah mengadaptasi perkara sekeliling dengan kehidupan dan diri sendiri. Mungkin susah pada permulaan sebab banyak sangat persoalan yang timbul dalam kepala. Serius, banyak sangat. Kenapa begini, kenapa, kenapa, dan kenapa! Eh, teremosi sungguh.

Tapi, bila difikirkan balik, rupanya semua ini adalah sebahagian daripada pengalaman dalam menjadi manusia yang lebih matang. Ingat senang nak jadi matang ni? Boleh cakap eh, aku dah cukup matang untuk kendali situasi ini. Tak apalah... cukuplah diri masing-masing tahu sematang mana diri sendiri.

Sekian.


No comments: