Thursday, January 10, 2013

day 5

Yeah!! akhirnya sampai jugak hari yang semua orang tunggu2.. hari JUMAAT.. penghulu segala hari. dan yang paling best hari jumaat adalah hari terakhir dalam waktu kerja setiap minggu.. hahaha.. sabtu dan ahad bukan seperti tahun lepas dah. hujung minggu akan berakhir di ofis atau pown di rumah. azam tahun 2013

oke, mulai minggu depan aku akan bertapak kat KL untuk berapa lama aku pown x tahu lagi untuk setelkan segala kerja yang ada lepas tu kena bergerak ke bahagian pantai timur pulak.. huhuhu, macam nie lah hidupkan. kena berusaha demi kejayaan. tape, yang paling best aku x sabar nak ke belah sabah sarawak pulak lepas nie.. pastu labuan kalau jadi.. hahaha.. seronok sampai x engat nie!

orang kata masa muda nie lah nak cari pengalaman bila dah kahwin nanti kompem la aku x leh nak travel macam nie dah.. manalah tahu jodoh aku ada kat salah satu tempat yang bakal aku jelajah nantikan?hahaha :D tajuk designationya lain.. pergi buat kerja jadi lain. macam2kan. biarlah asalkan gaji aku macam yang aku mintak. hehe :))

setakat nie aku kena sambung kerja yang terbengkalai nie untuk sementara sebelum aku g kutip balik ape yang masih belum ada untuk aku masukkan dalam sistem. kerja tade la bz sangat pown.. semuanya rileks je buat masa sekarang nie. walaupown banyak kerja tapi masih boleh dikawal lagi. balik kerja malam pown aku tade rasa letih 

hari2 mak dan mak long dok tanya aku macam mana kerja.. mestilah aku cakap oke sebab hari2 aku dapat balik tepat waktu balik. kadang2 kena balik malam bila aku kena ada kat kl sebab kat sana banyak sangat kerja. nama je anak syarikat tapi sana lagi besar dari HQ nie ha!!nasib ada dua orang tu yang sanggup tolong aku..

aku tau semua orang mendoakan yang baik2 untuk aku.. dan aku pown akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk semua orang. azam tahun baru aku lagi, bina kerjaya untuk tahun 2013 dan stabilkan diri sendiri sebelum terima tanggungjawab lain

saranghea :D

No comments: