Monday, January 21, 2013

SWEET 25

Apabila datangnya dugaan sering kali KITA mengeluh, dan selalu menyalahkan TAKDIR dan tidak pernah bersabar apabila DIUJI.. haha... entah apa akan aku merepek dalam entri kali nie..sabo jela membaca dan memahami oke?

susahnya nak menaip entri nie bila berada kat tempat kerja.. terpaksa sorok2kan menulis sebab MEREKA2 nie semua bz menanyakan ape address belog kesayangan aku nie. bukan x nak bagi, cuma belum lagi bersedia untuk dikenali oleh sesiapa..huhuhu*ayat yang rasa nak lempang diri sendiri*.. tambahan pulak  budak sebelah aku nie suka sekodeng ape yang aku buat! adeh..

Semenjak bercita2 mahu jadi orang yang berkerjaya nie terasa macam aku dah banyak meninggalkan kehidupan yang suka berpoya2 dengan membazirkan duit entah kemana2...kejap nak karoke la, kejap nak shopping la.. kejap nak tengok wayang la.. kejap nak makan sedap2 la.. entah ape2!

oke, menyingkap kembali tentang kehidupan aku sebelum nie.. sebagai manusia yang bekerja untuk diri sendiri.. duit aku banyak dihabiskan kepada perkara2 yang tidak berfaedah dan tade 1 sen pown aku simpan untuk buat tabungan hari tua melainkan KWSP yang dipotong setiap bulan dari gaji aku tu... hidup bukan nak mewah cuma aku inginkan HIBURAN.. hiburan yang tak BERKESUDAHAN dan akhirnya memudaratkan.. TAPI setakat nie rasanya aku belum lagi buat perkara PELIKS dalam berhibur. yang peliknya cuma keluar pagi2 balik lewat2 malam.. kadang2 sampai x balik sebab tidur rumah KAWAN!

LUPAKAN kisah semalam.. kerana ia adalah SEJARAH yang x mungkin  BERULANG! haha... *jiwang siot!*  Semenjak menjejakkan kaki ke tahun 2013 nie dan umur pown semakin meningkat dan tanggungjawab pown makin bertambah MAKA dengan itu aku cuba buat TRANSFORMASI dalam diri dan hidup aku nie.. MULA memikirkan apa yang patut dan x patut aku LAKUKAN sebagai MANUSIA..

AKU mulakan dengan berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum nie.. sebenarnya setiap tahun pown aku berazam perkara yang sama tapi rasanya aku x pernah pown berubah.. maken teruk adalah! BUKAN senang nak berubah kepada yang lebih baik.. pasti ada ujian akan datang.. SEMUA tu adalah untuk mematangkan kita sebagai MANUSIA yang lalai atau lupa akan kekuasaan DIA.

PERMULAAN yang baik untuk TAHUN 2013 nie.. aku dah berjaya masuk ke dalam bidang sendiri bukan lagi bidang terjun.. bukan beniat untuk riak atau berbangga diri. aku BERSYUKUR sangat sebab doa aku dan doa semua orang yang sentiasa mengiringi aku untuk melihat aku berjaya dalam kerjaya telah dimakbulkan oleh ALLAH SWT.. cuma orang2 yang rapat dan terdekat SAHAJA yang tahu tentang kerja baru aku nie. aku segan nak heboh2kan kerja aku yang x seberapa nie.. biarlah mereka tahu sendiri nanti :)

DAH  cukup bercerita pasal tempat kerja aku nie.. masuk bab kedua pulak.. sebelum nie aku ada buat perancangan untuk diri sendiri.. iaitu aku nak cari kerja yang membolehkan aku TRAVEL kemana sahaja dan ALHAMDULILLAH aku dapat jugak akhirnya.. dan aku pown dah berjanji dengan EMAK dan AYAH untuk fokus pada kerjaya aku buat masa terdekat nie sebelum aku sambung BELAJAR lagi nanti.

SEMUA yang aku lakukan nie adalah untuk membuktikan kepada ORANG2 yang pernah memandang rendah pada diri aku yang pernah mengeji aku dan juga pernah meninggalkan aku.. aku bukan BERDENDAM cuma aku ingin BUKTIKAN aku boleh berjaya dan boleh jadi seperti orang lain.. ABANG LONG menjadi inspirasi aku untuk jadi lebih berjaya dalam kehidupan.. sekarang nie abang long dah jadi antara orang yang terpenting dalam company SIME DARBY.. dan aku sangat bangga dengan sepupu aku yang seorang nie.. yang lain semua masih lagi dalam proses untuk mengikut jejak langkah dia.. hehe :))

Bila disebut pasal UMUR nie.. mulalah datangnya pertanyaan bila nak NIKAH? pertanyaan yang hanya mampu aku jawab dengan senyuman dan gelak tawa.. bila ditanya lagi tentang boiperen lagi aku hanya senyum sampai telinga dan gelak lagi besar.. biarlah semua tu menjadi rahsia aku sendiri.. hehe*gatal!!* bila sampai MASANYA nanti akan aku ceritakan tentang semua nie...

Budak sebelah aku nie hari tue dia ade baca apa yang aku tulis kat belog sampai satu ofis kecoh pasal aku tulis BERTUNANG.. semua tu memang termasuk dalam perancangan aku untuk tahun 2013.. InsyaAllah  jika tiada aral melintang SYAWAL tahun nie akan menaiktaraf diri sebagai tunangan orang..

lupakan kisah pertunangan dan ape2 pown yang berkaitan dengan perhungungan X,Y nie... tumpukan pada kerjaya yang bakal dibina nie.. hopefully sesiapa pown dapat menerima keadaan kerja aku sekarang nie yang kena bekerjasama dengan lelaki sentiasa.. sebab dalam company nie hanya aku seorang perempuan yang memikul tanggungjawab sebagai ICT ASSET TRACKING.

okelah... entah apa yang aku dah melalut sampai aku dah mengantuk tunggu kedua manusia nie yang entah lesap kemana... ape2 pown TERIMA KASIH atas doa dan sokongan ANDA semua yang tidak putus2 untuk melihat aku berjaya.. cerita sini sampai sini je oke!

SARANGHEA (^^,)

No comments: