Monday, June 24, 2013

BELALANG

Saya ada kucing, KUCING saya berbelang-belang dan bulunya sangat LEBAT *kutunya pown sangat lebat, selebat bulunya itu*. Dia hadir dalam keluarga saya sejak pemergiaan kucing kesayangan kami akibat sakit yang kami tak tahu puncanya. Kami berikan dia nama BELALANG sebab dia suka sangat melompat tinggi-tinggi.

buah hati baru mak saya

Semasa saya balik kampung, selalu kacau si budak belalang nie. Dia sangat aktif dan sangat adorable. Saya sungguh sayangkan dia. Semua orang yang melihat akan suka padanya kerana dia sangat comel.. hehe :) Dia agak anti dengan adik saya sebab adik saya suka kacau dia dengan cara kasar. Dan mereka pantang bertemu, kalau jumpa pasti nak berbalas aje.

sebahagian daripada aktivitinya

Belalang adalah kucing yang sangat cerdik sebab dia pandai berdikari dan dia suka sangat makan dan akan minum air setiap kali lepas makan, lepas main, lepas menggomol kain buruk yang warna seakan warna dia tu. Lepas kena marah pown dia akan minum air. hehehe

kain buruk kesayangannya

Ada suatu hari belalang kurang aktif dan kami sekeluarga sangat risau dan asyik dok tanya dia aje. Dah nama pown kucing macam mana nak menjawabkan? Saya dengan penuh rasa kasihan membelai dia dan menyentuh hidungnya. PANAS, dan saya baru perasan yang seluruh badan dia panas. Rupanya dia demam.

keadaannya ketika demam

Untuk pengetahuan anda, Belalang sangat tidak suka kalau ada orang nak dukung atau pegang-pegang dia. Lagi bertambah parah bila kami nak mencari kutunya. Sanggup dia melalak sampai hilang suara dari bagi kami membelek badan dia.
muka terkejut sebab kena ambik gambar.

Sejak akhir-akhir ini, belalang sudah jarang nak bermain dengan kami semua.. Dia lebih suka bermain bersama abang angkat dia yang kami panggil PO'KOK. Sejak abang dia pandai bermain dengan dia, kami semua sudah tak dihiraukan lagi. huhu...

bersama po'kok.makan selalu je nak masukkan kaki dalam pinggan

Belalang yang sangat kiut miut, dan sangat comel. Suka mengedikkan badan dia bila orang pegang atau nak dukung. Suka sangat buat break emergency dan yang paling menarik sangat menjeleskan charger NOKIA. Sampai dah habis dua charger dia putuskan. Suka sangat gigit-gigit manja bila dia tak puas hati kalau kena kacau. Haisshhh.. ape pown tak leh dia nie.

muka mintak tangan.. hehe

Allah datangkan kucing sebelum Dia datangkan kita rezeki. Sebab Allah nak uji sejauh mana tahap keprihatinan dan kesabaran hambaNya. Memberi makan kepada binatang merupakan satu sedekah yang kita mungkin kurang sedar dalam hidup seharian kita nie. Jadi, mulai hari nie jom kita membuat amal dengan bersedekah.

Saya sayang BELALANG saya... anda bagaimana?

Sekian...
muka lepas kena kacau.tak puas hati :)

No comments: