Sunday, June 23, 2013

Carca Marba

Lately terasa nak buat macam-macam untuk diri ini, contohnya buat sesuatu tanpa dirancang. Ingin bermandi-manda di sungai, ingin berpicnic beramai-ramai. Dan mencuba untuk memakai contact lens kembali. hohoho, kali nie kena check berapa tahap kerabunan dan kesilauan sebelum pakai bendalah nie kembali. Hati dah berkobar-kobar nak membeli-belah nie.

Antara warna pilihan hati adalah Natural 3 Tone GREY, warna yang sama dipakai oleh Dato' Siti Nurhaliza dalam video klip Muara Hati. Owh my, Raya tahun nie HARUS melaram bukan setakat baju, dengan mata pown kena melaram sakan.. ohoiiii!! Melampau sangat

So kali nie, aku harus lebih berhati-hati memilih jenama yang aku nak pakai sebab dah banyak sangat kes mata jadi buta kerana contact lens nie. Bagi aku cara pemakaian lens nie kenalah berpada-pada. Janganlah mentang-mentang dah pakai lens langsung tak mau bukak pastu pergi mandi sungai pown nak jugak pakai lagi. Nak nampak cantiklah katakan. Tak berbaloi kalau mata jadi buta lepas tu cik adik oi!

warna idaman sepanjang tahun nie. credit image : google.com


Nak selit siket, memandangkan sekarang nie musim jerebu kat sana sini aku nak tulis beberapa TIPS untuk keselamatan anda semua oke.. Walaupown TV asyik gtau tips-tips, ada sesetengah mungkin malas nak ambik tahu tentang semua nie

1. Sila kurangkan MEROKOK.
2. Sila banyakkan minum AIR PUTEH.
3. Sila pakai TOPENG setiap kali keluar rumah atau berada di kawasan yang terdedah kepada jerebu. Kat tempat kerja pown boleh jadi OKE.
4. Sila basuh tangan setiap kali masuk rumah.
5. Silalah jumpa doktor dengan segera andai mempunyai gejala seperti BATUK, BERSIN yang kerap, TEKAK BERASA PERIT, kerap SAKIT KEPALA, dan PEDIH mata.


Disamping orang sibuk dok berbicara pasal jerebu, ada jugak kes wabak kencing tikus. Beberapa minggu lepas ada 2 staff office aku dimasukkan ke Hospital sebab kes ni. Alhamdulillah dua-dua dapat diselamatkan.. Jadi, aku nak jugak share tips-tips penjagaan diri untuk mengelakkan diri dari terkena wabak kencing tikus nie.

1. Sila basuh permukaan setiap jenis MAKANAN atau MINUMAN bertin sebelum anda guna. Contoh : susu tin, air tin, sardin dan bermacam-macam lagilah..
2. Sila basuh kembali cawan, sudu, gelas, pinggan dan seumpamanya setiap kali nak digunakan semula. Nak-nak lagi yang dah diletakkan di atas rak pinggan tu. Oh, sangat berbahaya.
3. Sila pastikan makanan yang disimpan bertutup rapat. Jangan sesekali guna kembali minyak masak yang telah terdedah walaupown nampak masih oke lagi eh.. Jangan cari pasal!
4. Sila jangan mandi di kawasan air terjun, jeram dan sungai. Kawasan nie adalah kawasan yang paling bahaya dan sangat mudah dan terdedah untuk anda dapat wabak nie.*tapi perkara nielah yang nak sangat aku buat untuk masa sekarang* :(

Akhir sekali, pesanan untuk orang yang lalai macam aku nie : berhati-hati di jalan raya.

Carca-marba jadinya entry aku. Jadi nasi kerabu pown sedap.. :)

Sekian...

No comments: