Tuesday, July 09, 2013

Kenangan Ramadhan

Bila sudah menjengah ke umur SWEET-SWEET nie, mulalah nak teringatkan kisah zaman kecik-kecik masa bula puasa hehehe... seingat aku ketika berada di darjah 2 aku baru belajar berpuasa. Dengan azam dan umpan dari ayah sedikit, nak bagi upah kalau puasa penuh.. hehe, memang langsung tak ikhlas masa tu. Puasa semata-mata nak dapatkan duit raya yang bapak banyak. hohoho

Oke, peristiwa yang paling aku ingat sampai sekarang.. aku sampai mabuk berpuasa. Tengok makanan nak muntah, bau makanan sampai nak muntah. Sampai lembik badan. Lepas tu dah x boleh nak berpuasa. huhuhu, tapi bila tiba hari raya dapat jugak duit raya yang amat masyuk itu.. hehe... :)

Meningkat remaja siket aku dah tak ponteng puasa. Tapi macam dah jadi habit aku bila hari last puasa aku tak berpuasa sebab konon-konon sibuk membuat rendang dan macam-macam lagilah.. Kes nie berlanjutan sehingga 2 tahun lepas. Tahun lepas aku dah berazam tak nak buat benda-benda cam gitu lagi so aku gigihkan jugak berpuasa pada hari terakhir Ramadhan. Dan..... ganjaran untuk aku, sesuatu yang sangat-sangat aku tak sangka... hehe..

Dulu waktu sekolah, mesti lepas balik sekolah merayu-rayu dengan emak nak minta buka puasa. Mak cakap sayanglah dah puasa setengah hari nak berbuka. Kadang-kadang dalam pukul empat petang tu pown aku ade mintak nak berbuka puasa, tapi kena marah. HAHAHAHA.. kisah budak-budak.

Selalu je bila rasa kering tekak masuk bilik air berkumur dan selalunya akan jadi telan air paip. Bulan puasa paling-paling aku banyak ngelat. Orang kata puasa yang yok, bangun pagi bukak periuk...hehehe.. Tapi, itu dulu.. sekarang dah besar dah x buat semua kerja tu..

Okelah, sebelum tamat entry nak berpesan-pesanlah sedikit

1. Sayang Allah
2. Sayang Rasul
3. Sayang Ibu Bapa dan keluarga
4. Sayang diri sendiri
5. Sayang kawan-kawan dan orang sekeliling

Selamat berpuasa
sekian... :)
Post a Comment