Friday, July 12, 2013

Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti

Sudah adat kehidupan agaknya, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Sudah agak lama rasanya aku menyepikan diri dari bercerita perkara yang berkaitan dengan perasaan nie.. Hari nie aku kembali untuk membuat entry beremosi ini dan mungkin ini yang terakhir.. MUNGKIN oke! hehe

Setelah hampir 7 bulan aku disini, akhirnya aku telah diserapkan masuk sebagai pekerja tetap. Alhmdulillah rezeki bulan Ramadhan yang berkat ini. Dalam aku bergembira ini, rupa-rupanya agak sedih juga bila mana aku dapat tau kawan sekerja yang berada kat HR department tu akan berhenti dan hari ini merupakan hari terakhir dia disini.. :( sob..sob.. sob..

Mungkin ini adalah takdir untuk semua.. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan disetiap perpisahan pasti akan ada pertemuan lagi.. Mudah-mudahan pertemuan yang baru nanti boleh membuatkan kami semua serasi dan selesa bersama..

Aina.. kawan sekerja yang sangat aktif. Aku suka tengok dia bila part makan. Amboi, semua benda dia berjaya licinkan. Badan cekeding je pown, makan kalah aku.. hehe. Kami selalu main cuit-cuit dan kenyit-kenyit bila jumpa dan selalu je dia kacau aku bila jumpa.. Errmmm,,, pasni dah takde lagi gurauan waktu bekerja dengan orang HR.. dan dia jugak orang yang menumpangkan aku waktu balik kerja semasa motor aku masuk bengkel ritu :((

Hari nie dia last day, dan tadi dia datang bersalaman dengan kami satu department.. sob..sob..sob.. sebaknya rasa. Peluk cium kat pipi lama-lama. Macam orang dah kenal lama padahal baru aje kenal 7 bulan dan rasanya kami start menegur antara satu sama lain pown 4 bulan yang lepas je kot.. Mungkin kami ada chemistry.. hehe

Yang patahkan tumbuh, yang hilangkan berganti.. Mudah-mudahan Aina akan lebih maju jaya kat company baru dia nanti. Dan jangan lupa jemput kami kat majlis perkahwinan kamu nanti eh.. Semoga success selalu.. :)

Sekian....

No comments: