Friday, January 16, 2015

Impian

Sering kali, kalau ada perkara yang buat aku rasa stress atau bosan aku mesti rasa nak pergi satu tempat yang mana orang tak kan tahu untuk cari aku. Dari dulu dan sampai ke hari ini.. aku memang akan bagi peluang kepada diri aku untuk mencari ketenangan atau meredakan perasaan bosan atau stress tu. Mestilah aku akan bercuti. Tak perlu ambik masa yang lama cukup sekadar 3 hari 2 malam atau hanya seharian. Selalu aku memang tak suka plan percutian. Aku ikutkan aja hati kalau rasa nak bercuti. Ikot bajet dan masa yang sesuai la. Percutian yang dirancang selalunya memang akan tidak menjadi.

Sekarang, aku masih lagi punya tabiat sebegini dan tahun ini aku dah pun buat perancangan untuk ke beberapa tempat yang aku rasa menarik. Kalau dulu aku akan pergi sendiri tanpa perlukan teman. Tapi sekarang aku kena fikir berjuta kali untuk berseorangan sebab keadaan sekarang bukan seperti dahulu kala. Sangat berbeza.. terutama sekali bila nak menuju ke tempat yang memang tak pernah dikunjungi. Perancangan saat-saat akhir masih diguna pakai dalam hidup aku.

Berikut adalah antara beberapa tempat yang aku rasa nak lawat....

1. Putrajaya

Sejak pertama kali jejak kaki ke PUTRAJAYA aku dah jatuh cinta tahap yang kritikal*dah lupa bila kali pertama ke sana*. Tahap yang boleh jadi gila bayang bagi orang yang bercinta. Serius sangat. Macam melampau tahap apa entah ayat aku, tapi itulah hakikatnya. Aku memang suka dengan suasana kat Putrajaya. Kalau boleh nak dapatkan kerja dan menetap kat sana*kalau bolehla*. Korang faham tak perasaan macam mana jatuh cinta, itulah perasaan aku bila ke Putrajaya. Dan itulah salah satu sebab aku kalau boleh nak ke sana bersama seseorang yang aku CINTA. hehehehehe...*gatal!* Nak menjelajah bersama orang yang kita sayang di tempat yang kita suka, Awww! suweet gitu.. :)


2. Langkawi

Walaupun dah 2 kali ke sana*seingat aku lah* masa masih belajar di Arau dulu. Masih lagi nak melawat tempat ni. Sebab masih banyak tempat aku belum jejak.


3. Bercuti atas keretapi

Idea ini wujud dari seorang kawan rapat. Sejak dia menyuarakan hasrat hatinya tu aku pun mula fikirkan hal ini. Bagus jugak sebab aku belum pernah mengalami situasi dalam keretapi untuk berjalan jauh. Niat hati nak menjelajah Malaysia dan nak buat rekod untuk diri sendiri. Nak tengok permandangan yang indah dan cantik kat negeri orang. Perancangannya sebelum akhir tahun ini. Seeloknya dalam bulan 9 atau 10 dan bukan pada waktu cuti sekolah dan juga bukan pada hari minggu. Betapa aku kurang gemar dengan suasana bersesak-sesak. Planning kena baik punya supaya ianya menjadi kenangan yang indah untuk dikenang. Untuk perancangan ini, aku telah memilih untuk mengajak seorang kawan yang mewujudkan idea ni untuk bersama-sama bercuti atas keretapi. Perancangan asal aku nak travel seorang diri tapi macam kesepian sangat nanti. Apa salahnya bawa seorang kawan, ada juga teman untuk berborak dan ambil gambar. Barulah meriah.. *yelah sebelum tamatkan zaman bujang* :D

Setakat ini, rasanya ini sahajalah aku punya impian. Tak boleh nak merancang banyak sangat takut tak tertunai untuk diri sendiri nanti. Walau apa pun perancangan yang kita buat haruslah ikhlas. Insha-Allah akan dipermudahkan.

Sekian.

No comments: