Sunday, January 11, 2015

2014 to 2015

Rasanya masih belum terlambat untuk aku menaip satu entri berkenaan dengan LISTING

Olahan sedikit berkenaan dengan listing 2014

1. Berubah Kepada Yang Lebih Baik (lagi...) (^^,)
     Perkara yang memang tipikal bagi seorang yang bernama Norhazlinda Bt Analinta ni. Sebenarnya tiap-tiap        hari pun berazam untuk berubah kearah kebaikkan. Tapi..... Macam tak pernah pun jadi baik. Macam              mana nak menilai diri sendiri eh?

2. Work Hard & Smart
      Tak adalah HARD sangat kerja aku. Semuanya berubah setelah aku berubah jawatan. Bekerja dalam               keadaan yang lebih efisen. Masuk pukul 8.30 tepat, balik 5.30 tepat. *efisen kah?*

3. Menabung
      Niat nak menabung dari awal tahun tapi bulan 9 tahun lepas baru aku dapat kesedaran yang aku perlukan         duit simpanan. Jadi aku bermula dengan menabung seringgit satu hari. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit             kata orang-orang dahulu. Asal ada kan?

4. Sambung Belajar (part time student)
      Inilah perkara yang menjadikan aku hidup dalam dilema. Target aku lepas habis belajar dulu paling lama         pun 3 tahun lepas grade aku akan sambung degree. Tapi.. itulah namanya perancangan. Merancang untuk         masa depan. Kalau tak berjaya tak apa, boleh cuba lagi untuk tahun seterusnya. Masih lagi merancang             untuk jadi part time student dan masih lagi berfikir course apa yang patut aku ambil dan di mana akan             aku nak daftar. Sebab berkait dengan banyak benda perihal nak sambung belajar ni.

5. Kuruskan Diri
      Hal ini bukan kerana aku tergila sangat nak nampak cantik. Semua ni sebab aku kena stabilkan BMI badan       aku. Nak hidup gaya sihat kenalah bermula dengan tubuh badan yang cergas dan cerdas. Jadi, untuk                 mengelakkan aku cepat terasa letih dan penat dan cepat dapat penyakit yang tak diingini jadi aku                   berusahalah siket untuk kurangkan berat badan ni. Bukan sesuatu yang senang tau nak turunkan berat             walaupun hanya 1 KG. Aku ni dah la kategori suka makan dan malas bersenam. Berat badan ideal                     belumlah tercapai lagi. Adalah sedikit penurunan tu. Syarat utama sebelum sampai target, kena                       banyakkan menahan nafsu makan. Banyakkan meminum air putih dan kurangkan makanan berkarbohidrat.       Limitkan sekali je makan nasi. kalau malam lapar tahap tak boleh nak tido tu, menipulah siket dengan          diri sendiri. Makan benda ringan. *eh macam dah masuk kisah tips pemakanan plak ni*. Oke, hal                      pemakanan ape semua bagai itu akan aku kongsikan dalam entri yang lain. Bila fizikal dan mental sihat,          mestilah nampak cantikkan? 

6. Buy A Tablet (Lenovo Tab)
    Ini sahajalah yang aku mampu hadiahkan diri sendiri untuk tahun 2014. Kiranya hadiah bufday untuk diri         sendirilah. Walaupun terawal sangat dari tarikh dan bulan yang sebenar. Oke lah kan dari tersalah wish bufday awal       sebulan tu. :P

Untuk tahun 2015 ini, aku nak carry forward dari nombor 1 sampailah ke nombor 5 dan nak tambah lagi 2 target. Yang itu, biarlah rahsia... hehehe. Doakan mudah-mudahan aku menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala urusan.

Sekian.

No comments: