Tuesday, February 24, 2015

Senak... atau Senok?

Hai.. kembali menulis kerana aku rasa macam bermacam benda yang aku nak tulis dan ceritakan. Huisshh, bercuti raya cina umpama aku yang meraikannya. Hehehe. Untuk cuti kali ini aku rasa tersangat seronok oleh kerana semua ada. Cukup satu keluarga berkumpul bersama. Alhamdulillah...

Kemeriahan cuti kali ini disambut dengan tenang hati dan gembira kerana selain adik aku ada bersama, keluarga emak saudara aku juga turut pulang bercuti bersama. Anak-anak diorang memang sejak kecil sampailah besar sekarang rapat tahap yang gila-gila. Semua satu kepala, satu geng dan satu hati jiwa dan raga basikal tua.

Hrmmm... macam mana aku nak mula cerita ni. Oke, dah dapat idea. Dari sebelum balik kampung lagi aku dah pasang azam dalam diri nak bawak adik aku bersama ke sebuah tempat yang kitorang tak pernah jejak untuk bersama konon nak berbincang adik beradik la. Maklumlah adik aku ni perangai dia memeningkan sedikit. Kalau tak kena gaya hacur rancangan aku nak korek rahsia dia.

Jadi, dalam sibuk duk memikirkan pantai mana aku nak jejak tiba-tiba ada seorang kenalan dalam FB memuat naik gambar dia di sebuah pantai di area Bachok. Apa lagi, hati teruslah jatuh cinta bukan dengan orang yang dalam gambar tu *sebab kawan aku tu perempuan.. hahaha* dengan tempat tu. Bukan pantai yang menjadi kegilaan aku disaat ini, aku lebih gemar melihat pemandangan yang cantik dan indah-indah. Lebih tenang kepala otak.

Kali ini, aku paksakan diri untuk keluar rumah pergi jauh siket sebab aku selalunya hanya akan duduk dalam rumah sampai aku rasa bosan. Tapi selalunya aku tak pernah rasa bosan balik kampung walaupun hanya mengadap tv, tidur dan makan sahaja. Hehehe.. Apelah panjang sangat intro ni!

Perancangan awal aku hanya nak pergi berjalan ambik gambar dan balik itu aja.. Tapi bila dah masuk banyak kepala terus jadi "mini piknik". Iyalah, terus bila sebut nak pergi pantai, masing-masing cakap bawak makanan, bawak makanan. Padahal masing-masing baru je lepas melantak nasi berpinggan-pinggan. Adehhh, bagaimanalah kita semua tidak sebegini rupa!

Masing-masing bertungkus lumus lah konon buat air oren, potong tembikai masuk tupperware, pastu cari bakul. Memang gaya orang nak berpiknik sakan la. Tak lupa juga kepada tikar. Nanti beria je nak berpiknik bagai, alih-alih duduk atas rumput.

Perjalanan yang mengambil masa sejam untuk sampai. Mulut dah bebel-bebel sebab rasa macam jauh. Adik, sepupu-sepupu aku semua pun turut bising. Mulanya aku gunakan gps, pastu aku ikut naluri hati je. Akhirnya setelah bosan memdengar para penumpang bising, tiba-tiba aku dengan sangat terujanya menjerit, Aaaaa..... dari jauh dah nampak cantik. Hehehehe..


Terasa seperti berada di Naimi Island waktu aku sampai tu. Huissshhh, tak sangka aku. Selama 27 tahun aku hidup dan memang berasal dari Kelantan, tak pernah aku tahu wujudnya tempat yang sebegini canti di dalam negeri kelahiran aku sendiri. Tiba-tiba rasa menyesal yang amat. huhuhu

Sesi bergambar pun bermula la. Biasalah bila aku bersama dengan sepupu yang bertiga ni semuanya jadi gila-gila. Jadi, mohonlah bersabar ketika membaca entri ini dan juga ketika melayan gambar-gambar kami. *untuk kanak-kanak bawah umur, bimbingan ibu bapa amat diperlukan dalam entri kali ini* ngehngehngeh....








Budak zaman sekarang sangat bijaksana. Mampu menjadi kreatif dengan menggunakan payung sebagai payung pod!


















Gaya bebas yang dipraktikkan oleh sepupu aku. Alamak... Pening!













Aksi meragut dan peragut bakul kuning!










Aksi mempertahankan diri yang tak menjadi oleh wanita.












Dah bosan bergambar sampai orang yang sibuk buat outdoor photoshoot pun blah ke tempat yang lagi sebelah. Kami pun siap-siap kemas untuk pulang. Balik lambat-lambat kang kena bebel plak nanti. :D







Inilah bukti, betapa kreatifnya pemikiran sepupu aku yang bertudung cokelat tu. Beria mintak payung ingatkan nak buat props rupanya inilah gunanya. Hrrmmm....



Aku memang bukan seorang bagus dalam merancang, sebab tu aku suka lakukan sesuatu tanpa merancang. Seumpama nak ke Pantai Senak ni, plan nak berjalan akhirnya jadi mini piknik. Ingat, disetiap ujian tu pasti ada hikmahnya. Contoh macam nak cari tempat ni. Kerana sebaik-baik perancang adalah Dia. Hehehehe..

Sekian.

No comments: