Thursday, March 19, 2015

Melaka with LOVE

Idea untuk menulis kebelakangan ini agak kurang. Mungkin kerana otak dah kurang kreatif untuk mengarang ayat-ayat jiwa. Eh, dah kenapa! Sebenarnya dah kurang nak bercerita tentang diri sendiri kepada sesiapa. Tambahan pula kebelakangan ini aku mengalami kemurungan yang minor. Mungkin kerana kurang redha menerima nasib diri sendiri. Huhuhu... Cerita sedih tak layak untuk masuk dalam belog ini ok!

Lebih kurang 2 minggu lepas, pada hari sabtu iaitu bersamaan dengan 07 Mac 2015 aku telah dijemput untuk menyertai hari keluarga pihak admin walaupun pada hakikatnya aku bukanlah ahli keluarga admin. Pada awalnya adik aku katanya nak ikut bersama tapi terpaksa dibatalkan kerana tuntutan kerja. Nasib aku agak baiklah kerana berjaya mengajak bakal ahli keluarga aku ni sebagai peneman. Maka tidaklah aku keseroangan dan sendirian dikala orang lain sibuk dengan anak suami dan isteri masing-masing.



Bergerak dari Shah Alam jam 9++ pagi. Biasalah janji melayukan, selalu akan terlebih dari waktu yang ditetapkan. Tiba di A'Famosa Resort sekitar jam 11++. Percutian kali ini adalah untuk menghabiskan masa hari minggu di taman tema air. Selesai segala urusan pengambilan tiket untuk masuk ke dalam taman tema air tu masing-masing bawak haluan sendiri. Aku bersama kak lin sekeluarga sambil melayan anak-anak dan adik kak lin. Dari pukul 12 tengah hari sampai 3 petang bermain air sebelum masing-masing balik ke kondo untuk membersihkan diri dan berehat. Aku ditempatkan serumah dengan kak lin sekeluarga. Peneman aku tu diletakkan bersama dengan keluarga lain. Belajarlah berkawan dengan kawan sepejabat aku. Hehehehe.

Semasa berada dalam taman tema air tu langsung tak ingat nak makan dan minum. Sibuk nak naik semua permainan. Sungguh seronok dan berbaloi-baloi.

Jadual agak aktiviti kami agak padat memandangkan kami punya masa hanya 2 hari 1 malam sahaja di sana. Selepas selesai aktiviti merehatkan diri dalam bilik sekitar jam 6 kami semua berkumpul dan bergerak ke Bandaraya Melaka dengan tujuan untuk makan-makan. Part yang memang aku amat gemar. Habis aktiviti makan-makan terus jadi aktiviti berjalan-jalan di sekitar bandar. Masing-masing semua turun je bas dah hilang entah kemana bawak keluarga. Nasib agak baiklah kiranya bawak peneman ni, boleh la borak-borak sambil jalan-jalan walaupun kaki rasa lenguh semacam.


Cendol yang sangat sedap. Sehinggakan aku rasa sangat sayang nak telan sebab memang SEDAP. Sangat recommended.

Kami semua diberi masa sejam setengah untuk buat aktiviti bebas bersama keluarga. Aku sangkakan diorang semua nak berjalan sampai cukup satu jam setengah rupanya masing-masing dah penat. Akhirnya aku jugalah menjadi orang yang terakhir bersama peneman menaiki bas. Andailah aku tahu, awal-awal lagi aku tidak membawa diri berjalan dengan hati yang kurang redha itu. Lebih baik duduk dalam bas dari hati meroyan tak redha! Haissshhhhh

tampal gambar sendiri sekeping sebab nak bagitahu yang lukisan bangunan tu CANTIK

Hari kedua, ahad 08 Mac 2015. Ikutkan aturcara majlis sarapan sepatutnya pukul 8 pagi sampai 10 pagi dan check out pukul 11 pagi. Tapi, biasalah perancangan pasti akan berubah bila dah beramai-ramai tambahan pula masing-masing mempunyai anak kecil. Sekitar jam 9 pagi kami bergerak ke tempat sarapan. Aku ni biasalah bila dah kalau bersarapan lewat mulalah tahap ketabahan hati tu menjadi senipis kulit bawang. Lepas dah kenyang secara semulajadinya akan kembali kepada normal. Tak adanya aku nak meroyan sepanjang hari semata-mata lewat makan pagi. Mengarut betul perangai!

Lepas aktiviti makan, sesi bergambar pulak. Maklumlah bukannya selalu pun dapat datang tempat sebegini, maka gambar ajelah yang boleh dijadikan kenangan masa tua nanti. Hehehehe... Kali ini aku memang terlebih eksited untuk bergambar tapi si peneman aku ni pula buat muka bad mood mungkin sebab tak cukup tidur. Apalah... Tapi akhirnya aku dengan muka kurang redha lagi sekali kena ambik gambar bersama. Alahai hati... bilalah nak menjadi ikhlas ni?



Aktiviti seterusnya adalah bergerak ke Zoo Melaka dengan tujuan untuk melawat haiwan-haiwan terancam. Tapi, aku bukan kategori manusia yang sukakan haiwan liar. Nasiblah tak kena jalan kaki tau, kalau tak rasanya aku memang duduk dan tunggu sahajalah agaknya. Dah habis tenaga untuk berjalan jauh-jauh sebab urat badan dah mula terasa sengal-sengal akibat kerana bermain air semalam. Tambah lagi aku berfeeling diva, dengan memakai skirt dan berkasut tumit tinggi. Bergaya ala fashoinista yang tak berapa nak reti berfesyen. Sejam setengah masa yang diberikan untuk pusing dalam zoo dengan menaikki keretapi.

Selesai aktiviti melawat zoo, tiba masanya kami bergerak balik ke Shah Alam. Sebelum tu kami singgah di RnR Ayer Keroh untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Tapi agak tragis kerana esok harinya aku kena food poisoning sehinggakan aku menjadi lemah dan lesu dan paling teruk sehingga aku takut nak makan. Perut bergelodak tapi lapar. Huhuhu, Sadis sangat!

Akhir sekali, tampal gambar bersama dengan peneman yang juga bakal ahli keluarga aku nanti. Insha-Allah.

Muka tak redha seorang cik tunang. Haisshhh!

Sekian. :)


No comments: