Tuesday, November 14, 2017

Percutian budget tapi mewah di Cameron Highland

Assalamualaikum...

Sudah beberapa bulan ku khabarkan nak menaip entri berkenaan percutian budget tapi mewah di Cameron Highland. Tapi asyik tertangguh sahaja. Sampaikan gambar-gambar pun dah banyak yang terpadam tanpa sengaja. *inilah bahananya bila kau tak suka save gambar dari whatsapp* nangis dekat balkoni. Huhuhu

Al kisahnya kejadian percutian ke Cameron Highland ni setelah aku terjebak dengan sebuah drama di saluran astro Maya HD : Dendam Aurora. Kebetulan masa tu cuaca sangat best aku rasa untuk bercuti di kawasan tanah tinggi. Dalam TV semua tempat cantik dan menarik. Maklumlah gambar HD. hahaha

Setelah menyuarakan hasrat hati untuk ke Cameron Highland pada GFF aku, kemudian berpandukan aplikasi FAVE (yang dulunya dikenali sebagai Groupon Malaysia) *boleh muat turun dengan talifon pintar melalui apps store atau google play* aku membeli pakej penginapan selama 2 hari 1 malam di hotel Copthorne, Cameran Highlands.

Harga aku dah tak ingat berapa sebab semua gambar yang aku simpan dah terpadam tanpa sengaja. Rajin-rajinkan diri korang ye untuk membuka aplikasi FAVE ni ok.


Ketibaan kami di Cameron Highland adalah pada pukul 2.00 ++ kalau tak silap aku. Banyak memori yang dah terpadam ni weiiih. Sebab ingatan aku melalui gambar. Bila gambar hilang, terus memori pun hilang. Alahai mudahnya kau melupakan. Eh! 

Check in hotel sekitar pukul 3 ke atas. Sebabkan masa aku sampai tu bilik hotel masih lagi dalam proses pembersihan jadi kami melepak ambil angin dan berswafoto sebelum pihak hotel talifon aku untuk ambik kunci bilik.

Perkara pertama yang aku rasa masa mula jejak kaki kat Cameron, sewaktu dalam perjalanan dari tempat letak kereta ke lobi hotel. Huish...sejuk. Diorang ni kat tangga parking pun nak letak aircond ke? Rupanya aku yang agak sendu. Dah nama pun kau berada kat Cameron Highland, tempat sejuk tiba-tiba kau nak cakap pihak hotel ni baik hati sediakan aircond kat kawasan tempat letak kereta? Apakah! hahaha





Hotel kami bersebelahan dengan KEA Farm dan pasar. Dari hotel jalan kaki je keluar pergi pasar cari strawberi. Tak susah-susah nak sesakkan diri memandu dan cari parking. Pakej boleh bakar lemak sekali.


Tak banyak aktiviti yang kami lakukan semasa di Cameron Highlands sebab kami pergi waktu cuti umum. Hanya berjalan di sekitar pasar dan KEA farm dan ambik gambar dua tiga keping. Cuaca best sangat. Memandangkan kami pergi pada musim cuti umum, jalan sangat sesak. Aku dan GFF aku jenis yang memang tak berminat nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Niat kami nak bercuti dan berehat.



Aktiviti malam hari. Sambil melayan cerita transformers bersama secawan teh o panas tanpa gula dan secawan maggi tom yam. Cuaca sejuk yakmatttt. Konon berehat pukul 3 pagi jugak kami tidur sebab melayan henfon masing-masing.



Hari kedua kami, sarapan pagi di hotel. Huishhh, inilah saat yang ditunggu-tunggu. Breakfast like a king kata pepatah inggeris. Ha, makanlah kau sampai berjam-jam. Dari pukul 7 pagi sampai pukul 9.30 kalau tak silap aku kami duduk kat meja makan. Biasalah kaki makan memang macam gini. Kami dan makanan berpisah tiada.



Sebelum balik, sesi bergambar sekitar kawasan hotel dan kami singgah di pasar sekali lagi untuk beli strawberi dan jagung. Kemudian bertolak balik. Memang tak ada aktiviti melawat ladang BOH, bergambar dekat Mossy Forest ke apa bagai. Sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Sekadar ambik angin orang kata. Lepas ni dah tau dah mana tempat yang aku nak tuju kalau ke Cameron Highland nanti.




Kami singgah dekat area signboard Welcome to Cameron Highland sebab masa tu ada kabus yang cantik. Lain kali Insha-Allah aku datang lagi dan betul-betul teroka keindahan Cameron Highland ni.



Percutian ni aku namakan mewah sebab apa? Sebab aku dapat bilik yang berdekatan dengan kolam mandi, bilik double suite yang sangat besar dan cantik dan aku dapat dengan harga yang murah (RM 179 kalau tak silap aku) dengan aplikasi FAVE. Jadi korang kalau nak merasai percutian mewah tapi budget macam kami ni ape kata cuba cari kat FAVE. Mungkin boleh membantu.

Sekian,

Terima kasih sudi baca

No comments: