Monday, August 21, 2017

Pengalaman Dengue

Dah berbulan-bulan berlalu baru hari ni terbukak hati nak menulis cerita aku dan demam dengue. Kejadian sekitar penghujung bulan Mac tahun ni. Tak dapat dikenal pasti punca dengue dari mana sebab sebelum tu banyak sangat tempat hutan-hutan yang aku jelajah.

Cerita bermula bila hati aku sangat,sangat sangat nak balik kampung. Sampai aku buat drama air mata dengan adik aku sebab aku nak balik kampung. Padahal dia tak ikut balik pun tapi aku beria menangis sebab nak jugak balik kampung masa cuti sekolah bulan 3 hari tu. Sebenarnya hati aku dah memang dok teringin nak balik kampung sebelum tu lagi tapi aku biarkan saja sebab baru je balik dari kampung cuti ape entah hujung bulan 2 tu.

Aku kalau balik kampung kurang dari seminggu memang tak akan drive sendiri. Samada naik bas atau flight. Oleh kerana last minute punya plan so aku pilih untuk naik bas sebab tiket flight terlampau mahal due to school holiday. Dari aku membazir duit tiket sampai 400++ sehala lebih baik aku balik dan belanja emak ayah aku makan sedap-sedap.

Pada 22.03.17 pagi-pagi tu, adik aku bangun dan mengadu yang dia demam. Malam sebelum aku tengok meriah je dia elok je tak ada apa simptom demam ke ape. Aku tak melayan sangat sebab adik aku kadang memang suka buat drama walaupun demam sikit drama macam demam teruk. Pagi tu aku bwk kereta pergi kerja dan hantar dia ke tempat kerja. Masa ni tempat kerja kami sebelah menyebelah je. Tengah hari tu dia mengadu yang demam dia makin teruk sejuk habis satu badan dah telan ubat pun masih sama. Mata pun dan rasa nak tercabut. Aku keluar dan bawak dia pergi klinik nak check darah sebab badan dia panas sangat.

Malam tu sepatutnya dia hantar aku pergi terminal bas untuk balik kampung tapi terpaksa minta tolong orang lain sebab dia tak larat. Aku masa ni sihat walafiat sangat kot. Hati bukan main gembira dapat jugak balik kampung. Rasa macam balik nak sambut hari raya. Hahahaha

23.04.17 pukul 6.30 aku sampai rumah kat kampung. Rutin biasalah nak tidur tapi tak jadi tidur sebab nak sembang dengan mak aku. Lepas tu plan pukul 9 pagi nak keluar pergi KWSP sebab nak uruskan pengeluaran untuk bayar balik pinjaman PTPTN. Masa ni memang aku tak rasa apa pun. Makan sarapan siap bertambah-tambah lagi. Padahal mak aku goreng bihun je pun. Muaz pun tak nak makan aku pulak beria makan sampai habis.

Selesai sarapan aku bergerak ke KWSP Jerteh untuk hantar segala dokumen yang mereka perlukan untuk pengeluaran simpanan akaun 2 untuk pembiayaan PTPTN. Lepas tu hajat nak jejak pejabat PTPTN Besut nak bayar cash baki pinjaman tapi kena tunggu duit dari KWSP masuk akaun PTPTN baru boleh buat pembayaran. Hrmmmm..... Kecewa sesaat masa ni. Terus bawak diri pergi ke bundle seringgit kat Tok Bali. Untuk kaki bundle seperti aku ni memang sangat gila lah bila jumpa barang bundle dengan harga murah dan kondisi baju dan seluar sangat elok kot.

Ok, kembali kepada cerita dengue. Aku mula rasa sakit tulang belakang dan mata aku gelap macam pitam lepas aku dok seronok-seronok pilih baju bundle dengan niat nak buat berniaga. Tau tak masa ni aku terus duduk atas pallet dan berhayun kaki sebab tak nak nampak macam aku tengah menanggung sakit. Lepas macam dah reda aku dah boleh nampak orang sambung lagi pilih baju bundle tu sampai aku rasa kulit aku macam kena bakar. Pedih dan kering. Masa ni aku fikir mungkin sebab gudang tu sekeliling zink dan tak ada pengudaraan masuk sebab tu aku rasa macam gitu. Terus angkut bakul yang aku dah pilih baju-baju tadi dan bayar dan balik rumah.

Sampai rumah emak tak ada sebab sibuk pergi merewang kenduri kat rumah sedara kat hujung kampung. Ada ayah, Muaz dan abang aku je. Sampai rumah badan aku dah sejuk dan menggigil. Terus aku makan panadol dan berselimut dan tidur. Selepas beberapa ketika aku rasa demam aku dah kebah dan aku berpeluh. Rasa macam dah sihat sangat dah masa ni. Terus rasa nak ulang lagi pergi bundle seringgit tu malamnye masa balik dari pasar malam Tok Bali.

Bangun-bangun tidur je terus perut lapar dan aku makan awal dari orang lain. Sebab dah biasa makan tengah hari pukul 12 waktu kerja jadi perut tak boleh nak tahan lapar dah. Melantak sorang-sorang. Selera bukan main lagi masa ni. Lepas makan peluh kering demam balik. Makan ubat dan berbungkus dalam selimut pun dah tak jalan dah. Sakit badan, sendi dan mata tak payah cakaplah. Sampai orang lalu tepi pun boleh aku rasa nak marah sebab sakit. Sedangkan tak ada orang sentuh aku pun. Lalat hinggap pun aku marah lalat tu sebab sakit sangat kot.

Malam tu dapat berita yang adik disahkan positif dengue tapi tak admit hospital sebab tak ada katil kosong untuk demam dengue. Aku pun dah mula risau kot terkena dengue jugak, sebab lepas je aku demam balik petang tu terus selera makan aku hilang. Bangun sebab minum air je. Itu pun sebab aku rasa kering tekak je. Aku tak minum air kosong masa ni sebab tak boleh nak telan, air manis atau air batu je aku boleh terima. Emak dah membebel sebab demam pastu minum ais. Ubat tak payah cakaplah semua jenis panadol dan ubat demam aku telan. Sama jugak keadaanya. Aku bukan sejenis orang yang senang-senang nak telan ubat tapi demam kali ni aku rasa sangat-sangat tak berdaya dan membuatkan aku paksa diri aku sendiri makan ubat.

24.03.17 Demam aku masih belum baik malah makin teruk. Sakit badan memang tak boleh nak cerita. Mata rasa nak tercabut pun iye. Tengah hari tu aku gigihkan juga diri untuk hadir majlis kenduri sedara kat hujung kampung tu. Naik kereta sama-sama dengan abang aku masa ni sampai tempat kenduri memang tak ada selera nak makan langsung minum air je banyak. Jalan pun terhuyung hayang. Dalam demam-demam seronok saje bila dapat melepak dengan sedara-sedara yang lama tak jumpa. Abang aku dengan anak bini dia balik dulu sebab aku nak tunggu emak. Nak balik dengan Emak. Dengan demam tu sanggup lagi nak berjalan kaki balik dengan emak sambil-sambil sembang. Macam lama tak jumpa. Dalam demam banyak jugak cerita aku.

Aku ada seorang anak sedara yang sangat-sangat aktif. Aku terbaring atas tilam depan tv tempat yang memang jadi laluan utama dia untuk bermain. Aku dengan keadaan tak larat dia duduk atas perut aku dan buat aku macam kuda. Perasaan aku masa tu, nak nangis weiii. Nak aku marah budak dia bukan tahu apa-apa pun. Ibu dengan ayah dia terpaksa halang dia dari datang dekat dengan aku sebab awalnya memang tak suspek pun aku kena dengue. Sebab tak nak bagi Muaz berjangkit. Tapi biasalah budak tengah nak membesar banyak akal. Macam-macam cara dia buat untuk datang dekat dengan aku. Akhirnya dapat jugak dia dekat dengan aku dan tampar mata aku. Hahahaha... sebab tak larat aku terkejut dan biar saje dia dan aku tidur balik. Aku memang tak bangun-bangun pun masa ni. Tidur depan tv sampai pagi esok.

25.03.17 sebab dah makan panadol extend pun masih tak baik jugak demam aku dan aku mula nampak bintik-bintik merah pada kulit tangan aku. Terus rasa cuak dan ajak ayah aku pergi hospital untuk check darah. Adik aku pada hari ni dah selamat masuk hospital kat Klang. Aku je baru terhegeh-hegeh nak pergi check darah. Sebab bangun je pagi tu aku dah mula cirit birit dan muntah. Pukul 2 petang ayah bawak aku pergi hospital untuk ambik darah. Tau tak betapa kecewanya aku masa ni bila aku cerita yang aku dah demam 3 hari dan aku demam dengan mengejut lepas tu ada bintik-bintik merah kat lengan aku dan aku jugak ada muntah-muntah dan cirit birit tapi MA tu siap gelakkan aku cakap aku buat drama. Dia hanya ambik darah aku dan buat FCB bukan buat dengue test. Memang kecewa kritikal aku masa ni. Tapi aku bernasib baik sebab tiba-tiba datang seorang doktor dan bertanya pasal aku pada MA tu. Aku nampak doktor tu marah MA yang check aku sebab segala simptom yang aku bagitahu tu adalah simptom positif dengue. Doktor berkenaan datang dan minta maaf pada aku. Aku masih stay dalam bilik kecemasan waktu ni sebab tu aku nampak kejadian doktor marah MA yang periksa aku tu. Sebab sakit memang tak ada perasaan nak saman ke marah ke ape ke kat MA tu. Cuma rasa terkilan dengan sikap sambil lewa yang dia amalkan tu.

Setelah setengah jam berlalu result keluar dan doktor datang bagi tahu aku yang darah aku belum dapat detect virus dengue mungkin sebab masih baru dan aku pun baru je lepas makan ubat. Jadi doktor mintak aku datang lagi esok harinya untuk check darah. 2 hari berturut-turut aku datang hospital sebagai pesakit luar. Hari ketiga pagi datang untuk ambik darah tengah hari dah kena masuk wad sebab platelet darah dah drop sampai 70 dan badan aku sangat kering dan lemah.

Kali kedua kena drip. Masa masuk drip tahan lagi, masa nak masuk wayar air untuk drip tu aku menangis-nangis sebab sakit dan darah memancut-mancut keluar. Perasaan malu hilang dah masa ni. Nurse tolak pakai kerusi roda masuk wad. Aku pulak kesian kat nurse tu sebab badan dia kecik sangat sampai aku rasa nak berjalan je pergi ke wad tu.

Masa dalam wad dari 27.03 sampai 30.03 darah 3 kali sehari kena ambik, air minum kena sukat. Air drip 3 botol lepas tu doktor mintak hentikan air drip sebab takut efek pada paru-paru sebab aku rajin sangat minum air. Makanan ape semua datang tak aku hirau langsung. Aku tidur tak bangun-bangun dari mula masuk sampai lah petang ada nurse datang kejut suruh aku makan dan minum dan sambil membebel cakap aku macam-macam. Nasib baik aku tengah sakit masa ni jadi semangat nak membalas balik tu memang tak ada langsung. Pergi bilik air kena berkerusi roda sebab kalau tak aku jalan kejap lepas tu pitam. Demam tak turun-turun suhu sampai hari terakhir aku kat hospital. Pagi-pagi sebelum subuh tu nurse datang check suhu aku demam dah kebah. Seminggu demam dengan suhu paling rendah 38.9. Sebelum tu aku muntah setiap kali minum air atau makan apa-apa. Yang paling kelakar aku menangis teruk sebab aku muntah keluar air merah macam darah. Rupanya sebab aku makan anggur hitam bukan darah.

Dah siang hari tu sebab dah tak demam aku dah boleh duduk dan bercakap macam-macam dan dah boleh senyum kat doktor yang datang check. Dan aku pujuk doktor nak keluar hospital hari tu jugak dengan alasan aku dah sihat dan tak demam. Sebab kasihan doktor terpaksa buat janji palsu dengan aku sebab tak nak aku sedih agaknya. Dengan syarat kalau tengah hari platelet darah aku naik, aku boleh balik. Ape lagi sepanjang pagi nak sampai ke tengah hari tu aku makan anggur hitam dan adalah cuba siket-siket makan nasi.

Sebenarnya aku memang tak boleh keluar wad lagi tapi dokter sangat kesian kat aku agaknya dia bagi juga pelepasan kat aku dengan bersyarat. Aku langsung tak boleh terhantuk atau terluka. Sebab darah aku dalam keadaan yang sangat cair. Masa ni tak kisah dah ape yang dokter cakap asal dapat keluar sudah. Hehehehe

3 minggu aku MC dan ambik masa lebih kurang 2 bulan untuk sihat sepenuhnya. Datang kerja pun masih dalam keadaan pening-pening dan ting tong. Aku dapat pengecualian selama 2 minggu dari pergi ke sekolah untuk buat kerja.

Masa tengah sakit macam ni baru aku sedar siapa yang sebenarnya yang boleh kita percaya selain dari keluarga sendiri. Pengalaman dengue ni sangat-sangat mengajar aku untuk lebih menghargai dan lebih menikmati kehidupan. Aku bersyukur Allah masih panjangkan nyawa aku untuk aku terus berbakti kepada kedua emak ayah aku dan juga kepada orang-orang yang memerlukan aku.

Sekian.

Terima kasih sudi baca :)

No comments: