Monday, February 18, 2013

OAG

hari ke dua aku berada di KEMAMAN.. tersangat seronok sambil dapat belajar pasal OIL AND GAS nie.. kat sini aku dapat tengok secara praktikal sebab MALAM sebelum tu aku dah dapat ILMU secara x sengaja dari dua PAKAR oag nie.. hehe, rupa2nya berguna jugak semua ilmu yang aku dengar tu walaupown agak MEMBOSANKAN.. hehe

oke, sekarang aku dah tahu pasal FABRICATION, PUBLICATION, MAIN CONST dan banyak lagilah.. so sekarang kira aku dah jawab la eh pertanyaan korang ritu.. hehe, maklumlah aku nie bila kerja hanya fokus pada kerja sendiri je..

Nak cerita pasal kisah aku kat KSB rini.. pagi tadi selepas bersarapan kat HAI PING KOPITIAM, kami semua bergerak ke KSB.. pusing punya pusing rupa2nya kami tersalah jalan.. hehe, jalan nak masuk ke dalam YARD tu terlampau jauh. dah tu macam x logik pown ada.. x ley nak bayangkan macam mana keadaan masa tu..

Nak masuk sana bukan main lagi susah.. siap nak kena isi borang pas bagai.. pastu bila nak keluar kena periksa but kereta. macam dah masuk negara sebelah je aku rasa. Kat sana aku terjadi HYPER active. entah kenapa pown x pasti. walaupown tubuh sangat penat tapi hati SERONOK yang amat..

Sebelum mulakan kerja KAMI dah dapat arahan dari Incik BOSS.. kalau dapat siapkan semua benda kat FASA 1 dan FASA 2 hari nie jugak kami dapat buat magik.. ape lagi, pulun habis2an la.. demi GANJARAN yang amat BERBALOI2.. tapi sayang henset aku nie x ley nk transfer gambar HOTEL kami nie.. tersangat CANTIK..

Oke, kat fasa 2 tadi aku kena USIK dengan MEREKA2 yang ada kat WAREHOUSE.. aduhai, bukan setakat LELAKI malah PEREMPUAN pown turut serta kacau aku.. siap yang dua orang tu AMBIK gambar lagi.. semata2 kerana menyangkakan aku nie NAJWA LATIF!.. letih aku nak explain kat diorang2. mana2 pergi pown semua dok nyanyi lagu 0 tu kat aku.. sampai kerja pown terganggu siket tadi...

Oleh kerana kami semua nak sangat balik dan stay kat KUANTAN malam nie.. kami ALL OUTkan tenaga yang ada sampai siap.. dan tepat2 kol6 kami habiskan semua kerja.. dan terus pergi hantar kereta dan bergerak ke ROCANA Hotel nie.. thanks to Incik Boss yang sangat2 ambil berat pasal keselesaan kami semua.. :))

Esok adalah hari terakhir kami berada kat sini, GEBENG adalah destinasi terakhir kami esok. Kalau ikotkan perancangan asal, kami akan stay kat PANTAI TIMUR NIE seminggu.. rupa2nya 3 MALAM sahaja.. ape2 pown korang semua ROCK habis la..

Kemungkinan aku akan dipindahkan FASA 1 lepas abeh kontrak bulan 6 nanti.. Kalau betul2 pown oke jugak. aku x kesah mana2 pown.. janji aku dapat duit bulan2.. hehe.. :))

Sampai sini dulu cerita sini.. lain kali sambung bercerita lagi.. SELAMAT MALAM

Saranghea :))

No comments: