Sunday, April 07, 2013

Luar Jangkaan..... :)

Hai..hai.. Nak berkongsi kisah hujung minggu yang aku x rancang langsung untuk jadikan hujung minggu aku terbaik.. hoho. Semuanya bermula kerana INTERNET. oleh kerana line P1 aku tade kat umah baru tu jadi aku decide untuk mencari hanphone yang boleh jadi WIFI-Hotspot. dalam sibuk aku mengoogle pasal pelbagai jenis phone dan harga aku decide nak dapatkan telefon yang harganya BELOW 500.budget ciput untuk kerja yang kurang WARAS. jadi aku dengan laju dan bersemangatnya bersiap.. dalam masa tengah bersiap tu otak ligat berfikir kemana destinasi aku untuk mencari telefon nie. dalam kepala dok terfikir KL-pertama complex.. tapi hati dok cakap jalan jammed la hari minggu, even kau guna motor pown. nak naik KTM macam malas je nak menunggu dan bertukar2 train.. huhu...

Tiba2, otak berfikir pasal AEON bukit raja.. hoho. lagi besemangat sebab lagi dekat dengan rumah aku.. Bila dah semangat kompem la hati pown jadi girang yang x terhingga.. sampai je terus pergi ATM. TAPI, ade kekecewaan sedikit disitu.. aku x jumpa langsung kedai telepon. jadi dengan HAMPANYA aku shopping benda lain.. haha.. inilah aku. x suka pada benda yang kena pikir panjang.. jadi keputusan singkat adalah shopping pakaian dan beg..

Dah berhabis untuk baju dan beg terus aku decide x jadi beli phone sebab aku dah dapat keputusan dari pihak TM. installation by 10th April evening session. jadi, aku dengan laju membawa kesayangan aku ke Wisma Jakel sebab jakel ade buat promotion. dalam sibuk mencari kain cotton, ade jugak ternampak dress dan skirt tapi hati macam lebih berkenan pada cotton untuk dijadikan baju kurung. oleh kerana kecewa, aku grab 3 pasang kain. bukan niat nak dijadikan baju raya langsung pown.. kalau mak rajin nanti dia jahitlah.. kalau x biar jelah dulu. baju aku pown berlambak dalam almari tu..

Lepas dah shopping cotton tu, tiba2 teringat kat si SAHABAT nie, dia nak balik kg hari ni. kebetulan aku dah beli kain nie jadi aku kirimkanlah pada dia. Dengan x membazir masa aku bergerak ke DAMANSARA. dengan sehelai sepinggang aku kesana dan telah berjaya membuatkan aku beli 2 helai T-shirt kat padini. Sape suruh buat sale! tengok aku dah pown borong macam2.. dah niat pown bulan nie dan bulan2 seterusnya x nak shopping2 lagi.. tapi Me break my promises! Biasalah JANJI UNTUK DIMUNGKIRI bukan untuk DITEPATIkan? hohoho

Akhir sekali aku ambil keputusan untuk lepak rumah diorang malam tu. Maklumlah dah lama x lepaking sama2. rupa2nya banyak gossip yang aku dah terlepas. hoho... kesiankan aku nie? okelah, waktu makan dah sampai.. BREAK jom..

Pilihlah seribu sebab untuk terus gembira...

sekian..

No comments: