Saturday, May 25, 2013

GWIYOMI

Entry kali nie adalah berkaitan dengan lagu korea yang masih aku belum jumpa sapa penyanyi sebenarnya nie.. Dalam ketidakpuasan hati aku mencari penyanyi dan video sebenar kepada GWIYOMI nie aku telah pown meminjam nama lagu nie untuk dijadikan nama kumpulan tenpin bowling minggu lepas.. Secara tidak sengaja nama nie muncul dalam kepala aku disaat aku tengah sibuk nak hantar borang permohonan jadi ape kesah tulis ajelah.. Gwiyomi kan bermaksud COMEL.. hehe :))

Ditambah pula ahli kumpulan aku semuanya perempuan, jadi sesuailahkan dengan nama nie.. Walaupown ada jugak aku dengar suara-suara sumbangan dari belakang just buat pekak sebab bukan diorang yang support bayar yuran penyertaan.. Teruskan jugaklah perjuangan walaupown kami bukanlah pemain amatur.huhu...

Pertama kali dalam hidup aku berlawan dalam game yang main cross line.. sebab aku selalunya guna lane sendiri walaupown kami ambik 1 lane seorang. ataupown kami yang salah percaturan selama ini? hrrrmmm... entahlah. Mungkin.

Group sebelah kami adalah orang yang hebat-hebat sebab sekali baling semua pin bertaburan.. aku pulak sekali baling masuk longkang.. huhu, memalukan. Niat main hanya untuk kepuasan dan hilangkan kebosanan hari minggu sambil nak eratkan silaturranhim sesama staff yang lain... Yang paling x boleh nak sangka ramai yang dok menyebut nama kumpulan kami.. Maklumlah kamikan FEMES.. huhu. budak kecik yang dok sebelah tu pown asyik dok menyanyi lagu kami aje.. hehe... SERONOK!

Setiap kali ambik gambar pasti nak aja posing gaya gwiyomi... sampai orang yang nak tolong ambik gambar kami pown tergelak-gelak.. Semuanya gila-gila melayan.. hehe. Walaupown kami tak menang, tapi kami semua enjoy sebab dapat habiskan permainan dengan jayanya.. Dapat pecahkan rekod sendiri pown jadilah.. Jadi, lepas nie ada sapa-sapa nak mengajak aku berbowling silalah oke.. aku dah tak gentar untuk membaling bola bowling tu lagi.. Kerana aku sudah berkeyakinan diri.. 

Sekian.. :)

No comments: