Sunday, June 02, 2013

We care We share

Kembara amal telah membawa aku ke utara Malaysia untuk 3 hari 2 malam. Hidup dan kerja aku adalah untuk berjalan-jalan dan mengambil peluang sebaik mungkin untuk buat terapi diri berdasarkan perkara yang berlaku disekeliling diri ini...

Perkara pertama yang berlaku apabila nama aku tercalon dalam list untuk menyertai projek amal nie ADALAH.... "tak pergi boleh?" siap buat alasan tak sihat bagai tapi kenyataanya memang awal minggu lepas aku kurang sihat sedikit. Siap buat muka tak ikhlas langsung nak pergi dan hari keberangkatan tu aku mengsengajakan diri aku sampai lewat kat tempat berkumpul dengan alasan hantar kesayangan aku masuk hospital. Padahal hati langsung tak nak pergi.. huh!!

Disebabkan aku memang rasa langsung tak ikhlas untuk menjoinkan diri dengan aktiviti ini, aku telah pown menghubungi kawan aku yang berada di Baling untuk mengelakan dari menjoinkan diri dengan aktiviti bermain bowling dengan anak-anak yatim pada sebelah malam hari kami bertolak kesana.. Sungguh aku rasa diri ini amat kejam sekali! oleh kerana niat yang tidak ikhlas pada permulaanya... Baru terperasan yang aku nie kat mana-mana pown ada aja kawan untuk aku jumpa..

Pada keesokan harinya kami telah bergerak ke rumah anak-anak yatim sekitar jam 10 pagi untuk membuat aktiviti gotong royong. Di mana kami telah menukar segala keperluan mereka kepada yang baru dan menambah rak buku untuk setiap penghuni. Untuk pengetahuan readers semua penghuni rumah anak yatim Umu Sabariah nie ada 35 orang. 9 perempuan dan 26 lelaki. Disini baru aku dapat kesedaran yang selama ini hidup aku sangat bertuah walaupown aku tak kaya dan ada rumah yang besar dan ada duit yang banyak dan hidup dalam keadaan yang mewah.

Bagi mereka, dapat tempat yang baru untuk berteduh sudah cukup memadai untuk mereka semua meneruskan kehidupan dengan lebih berdikari. Sungguh aku akui yang mereka semua lebih matang dari aku sendiri. Mungkin cara hidup mereka telah menjadikan mereka matang dalam pemikiran dan perlakuan. Dan daripada itu juga aku sedar, kenapa aku telah dipilih untuk mengikut projek kembara amal untuk kali nie. Melihat keadaan mereka membuat aku berfikir dan bermuhasabah diri..

Anak-anak Umu Sabariah sangat mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang suci dan penuh harapan. Sungguh inilah kali pertama aku mendekatkan diri dengan mereka semua, dan hati aku cukup tersentuh bila aku memberikan mereka nasihat untuk mereka. Aku mampu lagi menahan air mata saat bersalaman..

Sebelah petang sekitar jam 5 petang kami semua telah dibawa berjalan ke Lata Bayu untuk mencuci mata orang kata. Alang-alang dah dekat kami ambil ajalah peluang yang ada untuk ke sana dan aktiviti mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Apa lagi bermacam aksi dan ragamlah dalam gambar yang kami semua snap. Nasib ada fotographer yang bertauliah ikot kami kesana so tadelah akitiviti kami berposing sakan tu jadi sia-sia. Abang cameraman pown hensem dan sporting habis melayan semua orang yang bergambar. Rasanya hampir kesemua gambar yang diorang snap ada aku kot. Haha... mula-mula abang cameraman tu macam nak tak nak aje melayan kami alih-alih dia pulak yang terexcited snap gambar kami semua..oke-oke kembali ke cerita asal..







 


 


 



Semua kenangan ini adalah berharga untuk kami semua. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalas jasa mereka semua..

Hebatnya manusia dalam merancang sehingga lupa akan perancangan Allah adalah yang terbaik..


Sekian...

No comments: